|
Sudah begitu lama sekali Budiman memeranginya. Dia tetap gagah dan perkasa dengan identitinya. seperti Laksamana Hang Tuah. Setiap hari setiap detik, Budiman memikirkan bagaimana dia boleh menewaskannya. Hati ini berkata kata di benak sanubari Budiman Ianya sesuatu yang menyakitkan seluruh jiwa dan raganya. Perkara ini memang benar. Budiman pernah merasainya suatu masa lalu sekarang dan akan datang. Dan perasaan itu menghantuk tirai rasa hingga kesaat ini. Bermula kala dipisahkan oleh sebuah ketentuan. Meski ia tidak betah untuk berulang kembali, namun ingatan itu terpaksa Budiman sematkan di saku ingatannya. Budiman masih teringat akan kegagahan dia dengan bentuk wajahnya tersergam macam gunung berapi yang tiba tiba meletup dan memuntahkan belerangnya. Semarak wajah patriotnya bergelodak berapi rapi memeperjuangkan hak asasinya. Jikalau Budiaman menyekat dan membentangi dia juga dalam apa kaedah sekali pun, dia akan menjerit sekuat kuat hatinya dan meraung sekuat tenaganya. Sehingga di daerah penjajahannya semuanya gementar gelisah dek amukannnya.
Pedangnya memang tidak mengenal nama-nama mangsa. Pabila dia menghayungkan pedangnya, setiap pelusuk dikanan dan kirinya, tanpa menghitung tua, atau muda dari kalangan lelaki durjana tentera musuh pasti akan dia penggal setiap yang mampir ke arahnya. Selalunya dia yang mara ke arah mereka melancar serangan bertubi tubi bersama perajurit perajuritnya. Tiada polis yang akan menangkap dia kerana membunuh sebanyak mana pun. Tiada mahkamah yang bisa mendakwanya. Tiada undang-undang yang boleh menyekat kemarahannya. Dia terpaksa bermimpi untuk terus hidup dan menang. Justeru untuk tujuan itu, dia perlu terus memperjuangkan hak asasinya, memang itu fitrahnya. Pernah juga Budiman menulis surat kepadanya supaya mereka berdua berdamai sahaja. Usah berperang dan bermusuh berpanjangan. Balik kepangkal jalan, jalan yang lurus yang berpegangkan firman dan hadith. Seperti dalam firman Allah bermaksud: “ Wahai manusia, satu bukti telah datang kepada kamu daripada Pemelihara kamu, dan Kami menurunkan kepada kamu satu cahaya (al-Qur'an) yang terang.Maka orang-orang yang percaya kepada Allah, dan berpegang teguh kepada-Nya, sungguh, Dia akan memasukkan mereka ke dalam pengasihan daripada-Nya, dan pemberian, dan memberi mereka petunjuk kepada-Nya di jalan lurus.(Surah An Nisaak 4 Ayat:174&175) Satu perundingan telah berlaku diantara Budiman dan dia. Budiman mengajaknya bersama sama memperhambakan diri kepada Allah Yang Maha Esa. Ketika itu hanya Budiman dan Dia saja berada didalam bilik. Budiman ajak Dia berdamai dengan bersama sama membaca TARANUM AL QURAN supaya dapat menghayati isi kandungan Kitab Suci AL QURAN itu. Bersama sama dapat melembutkan hati dan jiwa pabila mendendangkan SENI LAGU TARANUM AL QURAN. Budiman nasihatkanya supaya bersabar dan bekerjasama. Dia hanya berdiam sahaja Sedang Budiman asyik BERTARANUM AL QURAN, tiba tiba dia telah berubah fikiran. Dia tidak berganjak. Tetap dengan penderiannya yang angkuh itu. Budiman dapat rasakan bahang kemarahannya. “Kenapa dengan kau? Aku hanya mahu berunding dengan kau. Dah lama kita bermusahan. Dan banyak nyawa nyawa terkorban dek kemarahanmu Sudahlah!!!..” Budiman memohon pada dia dengan penuh harapan. “Aaahhhhh…sudahlah Man. Kau jangan nak pujuk pujuk aku. Kau jangan nak bersandiwara dengan aku. Apa pun kau cakap. Aku tetap begini. Aku akan kuasai kau Man. Aku akan kuasai fisikal mental dan segala urat saraf yang ada pada kau Man. Jaga kau Mannnn………Aaahhhhhhhhh” dia mengamuk hantu. Dia sudah menggila dan menerjah untuk keluar juga. Budiman Dengan ilmu yang ada didada dan dengan jampi jampi mentera yang sukar difahami , dia hembuskan jampi jampi mentera Mat Kilau kearah Budiman meresap memasuki saluran saluran pernafasan dan merayap naik kedalam otak yang bersarang dikepala Budiman. Dan disitu menimbulkan bebagai bagai konflik yang sukar dikawal oleh Budiman. Budiman terkaku dan kedua biji bola matanya melilau lilau dan gegendang telingganya pun berdesing tidak tentu pangkal dan hujungnya. “Ingat Man!!!. Aku beri kau amaran terakhir. Jangan kau sekali kali pujuk aku untuk berdamai. Aku tetap aku. Kau tak boleh ubah aku Man dan kau tak boleh lawan aku Man. Aku boleh bunuh kau Man. Sekarang …sekarang jugak. Tapi aku tak mau. Biarlaa kita begini sampai akhir hayat kau. Ingatttt….Man, Darah Badang, Hang Tuah, Jebat, Tok Janggut, Mat Kilau ada pada ku Man. Alang alang mandi biar basah, alang alang menyeluk perkasam biar sampai lengan. Pergi tuntut lagi Man. Pergi tuntut lagi Man. Aku akan datang lagi menyerang mu Man. Menyerang mu Man Hahahhahahaahahahahha……….” Suara orang mengilai keluar dari bilik itu. Itulah kata kata terakhir yang Budiman dengar daripada Dia yang menghilang dari bilik itu merayau mengikut nafsunya bersama sama perajuritnya. Dengan kesaktiannya, dia menjangkau awan dilangit yang biru bersama sama perajuritnya meninggalkan Budiman kaku keseorangan mengenang nasib. Habis segala impian Budiman mengajak Dia memperhambakkan diri pada Tuhan Yang Maha Esa. Segala rancangannya yang bertahun tahun dimusnahkan oleh Dia. Budiman tidak putus asa. Dia tahu kelemahannya terletak dimana. Dia harus menuntut ilmu lebih mendalam untuk menentang sikeparat itu. Budiman harus berjaga jaga akan kehadiran dia. Susah untuk Budiman hendak meramal kedatangannya yang sudah berpuloh puloh tahun Budiman memerangi Dia. Sudah hampir enam puloh lima tahun lamanya Budiman hidup memeranginya. Dengan semangat kental yang ada didada, Budiman tetap dengan perjuagannya menentang Dia. Ia agak rumit dan sulit untuk Budiman memahami kesaktiaan Dia yang sering berubah ubah. Strategi srategi dia pun agak berbeza beza mengikut kedudukan Pernah ketika dalam usia tiga puloh Dengan secara spontan, Dia mengeluarkan pedang saktinya “ Syrriiiiiinnngg…” ternampak sinaran kilauwan pedang Dia dan kepulan asap asap disebalik sinaran itu merayau merayap keseluruh tubuh isteri dan mertua Budiman hingga merah padam menahan kesakitan dan penderitaan yang dialami mereka. Walaupun kepulan asap asap dan bauwan racun mencengkam sepeti racun serbuk Astrax, ia tidak membunuh mereka, Budiaman hanya dapat memerhatikan betapa azabnya penderitaan isteri serta kedua mertuanya. Isterinya terbeliak matanya dengan muka merah padam melaung “Tolong Mann……..Tolonglah Man..” Manakala kedua mertuanya tidak tahan kesakitan dek bauwan racun yang meresap keotak mereka berdua tiada terkata dan terkelu untuk bibir mereka berkata kata hanya mendiamkan makanan masakan terbaik soup ikan kraci Terbengkalai begitu saja. Budiman merasa malu tidak dapat berbuat apa apa. Budiman tidak melawan kerana Dia datang dan menjelma dengan begitu mengejut tanpa persediaan yang ada. Menentang pun tidak mengalah pun tidak. Dia berkata “ Haahh.... memang padan dengan muka kau Man. Sekarang aku malukan kau depan muka isteri kau dan mertua kau. Terperangjatkan. Mana kau punya ilmu yang engkau belajar. Buktikanlaa…….ahahhahahahhhhahhh..?
Sekali lagi Budiman tertewas. Kali ini lebih memalukan dia lagi. Di depan isteri dan kedua mertuanya, didepan rezki yang halal, Dia sanggup menjelma tanpa Budiman sedari. Alangkah kejamnya Dia menjatuhkan maruah Budiman didepan ahli keluarganya. Semenjak peristiwa itu, Budiman semakin kental dengan semangat perwibawanya sebagai pahlawan. Dia harus berhati hati dan berjaga jaga akan serangan serangan mengejut dan songsang oleh Dia terutama sekali dihadapan mertuanya yang sudah tua itu. Tak sanggup Budiman melihat penderitaan yang dialami oleh mertuanya dan tak sanggup dia menghadapi maruahnya jatuh longlai didepan ahli keluaganya sendiri. Sampailah kedua mertuanya meninggal dunia. Budiman tidak mahu pisang berbuah dua kali. Sampai sekarang ini pun, apabila mengingat sejarah makan malam itu, Budiman mengambil tauladan dan iktibar peritiwa itu. Terngiang ngiang bunyi pedang Dia itu didalam ingatan Budiman seperti cerita atau CERPEN TERBAIK SINGAPURA sejarah tentera Jepun menakluk Singapura dan Semenanjung Budiman pernah menceritakan kedudukan perkara siapakah Dia sebenar kepada isterinya. Apabila mendengar cerita yang sebemar, isteri Budiman pula terkekeh kekeh tertawa tak henti henti sampai senak senak perutnya. Tanpa sedar isteri Budiman juga harus memerangi Dia, dan secara spontan Dia menjelma tiba tiba dari belakang isteri Budiman. Meskipun penjelmaannya tidak sehebat dulu seperti bedilan bedilan meriam katak. Namun keaksiaan dan kehebatannya kurang sedikit bagaikan katak memanggil hujan. Semenjak hari penjelasan Budiman pada isterinya, mereka berdua harus atau boleh dikatakan wajib membenteras dan memerangi Dia hingga ke akhir hayat mereka. Mengikut sejarah, Budiman dan isterinya bertahun tahun menjejak identiti Dia dan ingin menuntut ilmu kesaktiaannya. Akhirnya Budiman berjaya mengenali Dia lebih mendalam dan dapat menguasai segala ilmu kesaktiaan Dia serta dapat mengawal nafsu Dia dari bermaharajalela. Budiman pun puas hati dengan kehidupan yang dia harumi ini.
Kalau hendak tahu perjuangan yang Budiman memerangi selama ini ialah DIA...DIA YANG DIMAKSUDKAN IALAH KENTOT....PUUUUTTTTT.... HARUM BAUNYA.
BEGITULAH KESAKTIAAN DAN KEWIBAWAANNYA. YANG MEMANG SUKAR UNTUK BUDIMAN TANDINGI. BUDIMAN PASRAH. SEKIAN SAHAJA. |
| S.H.Aalatas July 20, 2006 02:48 PM PDT Semoga maju jaya ! | ||
| Cheeff April 29, 2005 05:12 PM PDT Alamak, Cheeff ingat cerita ni cerita pendekar pendekar. Sekali kena tipu laa, cerita prooott pulak. Terperanjat di buatnya. Best juga pikirkan kentot Cheeff ni. | ||
| Daud April 22, 2005 08:48 AM PDT Itu tak susah. Ada penawarnya. Barang siapa yang ada masaalah seperti itu. Jawabnya.. SUMBATKAN gaboos pada mulutnya! Kalau tak cukup satu gaboos.. Pakai DUA gaboos! Tentu DIA tidak berbunyi lagi. Tentu DIA akan lemah dan akan hilang kesaktian dan kehebatannya. | ||
| Sofia April 19, 2005 04:19 AM PDT Wah! Suspen betulah cerita repenni.Bila tengok gambartu memang susah nak kalahkan si Diatu tetapi tipah tertipu, tipah tertipu oopps! Salah nama. Sofia tertipu, Sofia tertipu oleh Repen punya cerita dah. | ||
| Leave a Comment: |