
Umur Faizah sudah pun mencecah 25 tahun. Sekurang-kurangnya dia tak pernah menyembunyikan umurnya dari Fendi. Hmm.. diketika ini Faizah masih sendirian dan solo, selepas dia putus cinta 6 tahun yang lalu.
Dalam usia Faizah mencecah 30 tahun, maknya sudah mula bising menyuruh Faizah berumahtangga. Maklumlah, Faizah itu adalah anak bongsu dalam sebuah keluarga yang mempunyai 10 orang adik beradik. Kesemua abang dan kakaknya sudah berumahtangga.
Masalah yang dihadapi oleh Faizah sekarang ialah, dia masih belum berjumpa dengan pasangan yang sesuai. Tiap-tiap hari, ada saja gambar lelaki yang dibawa balik oleh emaknya. Faizah naik rimas dengan situasi sebegitu. Biarlah dia pilih calonnya sendiri.
Fendi faham akan perasaan yang dihadapi oleh Faizah. Tapi ada satu masalah yang mengganggu fikiran Fendi tentang diri Faizah. Fendi diberitahu yang sebenarnya Faizah hanyalah seorang anak angkat! Ibu bapanya yang sebenar berada di Pontian, Johor. Dia mempunyai ramai adik beradik sehingga memaksa ibu bapanya yang sebenar menyerahkannya kepada sebuah keluarga angkat.
Kini tinggallah Faizah bersama keluarga angkatnya di Singapura. Dan yang paling menyedihkan sekali, Faizah hanya mengetahui yang dia adalah anak angkat ketika usianya 15 tahun!
Sukar untuk Fendi memahami keadaan diri Faizah. Ada dua orang ibu dan dua orang bapa! Yang memeningkan Fendi lagi ialah keluarga manakah yang Faizah lebih rapat? Keluarga angkatnya ke...? Atau ibu yang melahirkannya...? Fendi tertanya tanya sendiri. Fendi jadi tidak faham. Untuk menerima keluarga Faizah dalam keadaan begitu amatlah sukar bagi dirinya. Fendi bakal mempunyai 2 orang bapa mertua dan 2 orang ibu mertua.
"Ah tidakkkkkkkkkkkk!!!. Sedangkan mempunyai seorang ibu mertua pun sudah cukup menyeksakan, inikan pula jika ada dua!" Fendi mengetuk ngetuk kepalanya. Jauh benar Fendi berangan rupanya. " Belum tentu Faizah sukakan dia. Fendi sudah perasan. Aduhai…! Anak emak ni dah parah!" Fendi berkata pada dirinya sendiri.
HARI ini, Fendi menerima sepucuk surat dari Faizah yang didalamnya berisi dua keping gambar Faizah. Sekeping, Faizah sedang berdiri bersebelahan pasu bunga dan yang satu lagi dia sedang duduk dibangku. Hmmm......... Fendi leka mengulit dua keping gambar yang terakam raut wajah yang sering dia angankan di dalam tidurnya.
Fendi tiba-tiba jadi rindu. Dia sendiri tidak pasti dengan perasaannya yang sebenar. Dalam diam diam Fendi merindui Faizah, tetapi sering dia menafikan perasaan sayang yang mula tumbuh di dalam sanubarinya itu.
Dengan ghairahnya Fendi mendail nombor telefon rumah Faizah. Deringan tanda ‘enggage’ menyapa telinganya. Hmm.. dia pandang ganggang telefon di tangannya. Dia letak perlahan. "Telefon malam nantilah!!" Fendi mengeluh. Tapi Fendi pasti yang Faizah akan menelefonnya terlebih dahulu. Fendi tersenyum sendirian.
Tepat seperti sangkaannya. Tepat jam 11.00 malam Faizah menelefon Fendi. Fendi tersenyum lebar. Sepanjang 3 jam perbualan mereka langsung tidak disentuh mengenai soal hati dan perasaan masing masing. Fendi jadi sedikit ragu. Dia jadi sangsi dengan perasaannya sendiri. Buat ketika ini Fendi rasakan yang dia cuma sekadar menyayangi Faizah sebagai seorang sahabat. Fendi renung telefon itu dengan penuh keraguan.
Hmm….. belum pernah sekali pun dalam masa perkenalan ini, Fendi melafazkan sebarang janji. Tidak ada sebarang tanda pun yang menunjukkan dia benar-benar ingin menyunting Faizah. Tapi dia sendiri tidak pasti apa yang dia sandarkan dan apa yang dia inginkan dari hubungannya dengan Faizah yang hampir mencecah 5 bulan ini. Terlalu muda dan mentah untuk dirinya.
Tapi cerita Faizah dan luahannya terhadap Fendi, seakan-akan menarik minat Fendi. Seakan-akan ingin memberitahu pada Fendi supaya mengetuk pintu hatinya. Fendi menelan air liurnya perlahan lahan. Isssshhhh… tak mungkin! "Ikatan apakah yang kita jalinkan ketika ini,Faizah?" Fendi tertanya sendiri.
HARI ini Fendi tiba-tiba jadi rindu dengan suara Faizah. Dengan agak gementar dia mendail no telefon Faizah untuk kesekian kalinya. Belum pernah lagi Fendi menelefon Faizah di siang-siang hari begitu.
Tiba-tiba talian di sana diangkat. Fendi jadi menggelabah. Kenapa dia selalu berkeadaan begini agaknya? "Assalamulaikum"pantas Fendi memberi salam seperti kebiasaannya.
“Wa’alaikummussalam..” kedengaran suara perempuan tua menjawab.
Fendi mengagak tentulah itu suara ibu Faizah. “Boleh saya bercakap dengan Faizahl?” tertib sekali Fendi tanyakan Faizah kepada ibunya itu. “Dia tak ada. Dia keluar. Siapa ni” Tanya ibu Faizah. Fendi rasa serba salah. Nak kenalkan dirinya atau tidak? “Fendi makcik. Kawan Faizah” akhirnya terkeluar juga jawapan dari mulut Fendi. Dari mana ni” tanyanya lagi. Isssshhhh..! Fendi garu kepalanya. Banyak tanya pulak ibu Faizah ni, Fendi merungut di dalam hatinya. “Dari Singapura makcik” jawab Fendi ringkas sekali.
Kalau boleh dia ingin tamatkan saja perbualan dia dengan ibu Faizah jika Faizah tidak ada dirumah. “Niii... makcik nak tanya kamu sikit. Kamu jangan marah. Mak cik nak tanya aje. Jawab betul-betul tau” tiba tiba saja darah Fendi berderau bila mendengar kata-kata tersebut. Apa yang nak ditanyanya? Dia nak marah aku ke? Atau dia tak suka aku menalifon Faizah diwaktu ini? Bermacam-macam pertanyaan menerjah dibenak Fendi.
“Anak ni dengan Faizah ada apa-apa ke?” tiba-tiba saja soalan itu diajukan oleh ibu Faizah. Fendi terkedu. Dia tepuk dahi sambil mencari-cari jawapan yang sesuai di kala ini. “Errrr… tak ada apa-apa cik, cuma kawan biasa aje. Lagipun saya ni orang jauh” jawab Fendi dengan nada tersekat-sekat. Fendi tidak pasti adakah jawapan yang baru dia lafazkan itu adalah perasaannya yang sebenar atau tidak. “Pernah jumpa?” tanya ibu Faizah lagi. “Pernah” jawab Fendi sepatah.
Ketika ini dia rasa seperti terseksa. Bila agaknya sesi soaljawab ini akan berakhir. “Hmmmm..... makcik sebenarnya dah lama suruh Faizahl tu kahwin, tapi dia tak nak. Dia pernah cerita pada makcik pasal Fendi ni. Sebab tu mak cik tanya betul-betul pada Fendi. Kalau Fendi nak, setakat Singapura tu tak lah jauh sangat dari Johor ni. Yang penting Fendi setuju. Baru senang hati makcik” Errrk.....!! Fendi menelan air liurnya sendiri.
Dia mengaru kepalanya sendirian dan cuba mencari alasan. Itulah siapa suruh dia cari bala. Tak pasal-pasal Fendi kena interview yang dia rasakan lebih siksa dari interview dibank tempohari.
“Nantilah makcik, biarlah saya bagi tahu pada Faizah sendiri. Saya bincang dengan dia dulu” Fendi cuba menjawab sebaik mungkin.
Seboleh-boleh Fendi cuba untuk tidak mahu melukakan hati ibu Faizah yang dia tahu begitu mengharapkannya. Fendi meletak telefon setelah perbincangannya dengan ibu Faizah. Dia termangu seketika. Hatinya berbelah bahagi. Dia masih belum bersedia. Belum bersedia untuk mengakhiri zaman bujangnya.
Malam itu sekali lagi telefon Fendi berdering. Fendi dan Faizah membuat satu pertemuan untuk Fendi khabarkan perihal panggilan telefon yang dia buat siang tadi tentang perbualannya dengan ibu Faizah. "Hmmmm…..... so, apa pendapat you?" tanya Faizah dengan tenang sekali.
Fendi jadi serba salah. Ya atau pun tidak? Fendi sendiri tidak pasti. Entah kenapa, perasaannya menjadi begitu serba salah untuk menjawabnya "Tak naklah. Lagipun Zah....I belum bersedia?!"jawab Fendi. “Kalau macam tu tak apalah. Nanti I bagi tau ibu I” balas Faizah dengan nada kecewa. Fendi cuma terdiam. Dia memikirkan adakah betul apa yang dia lakukan ini? Mereka berdua pun pulang membelah kegelapan malam itu dengan perasaan masing masing.
SEMENJAK peristiwa itu, Faizah seolah olah menjauhkan dirinya dari Fendi. Begitu juga Fendi yang tidak lagi menghubungi Faizah. Fendi tak tahu kenapa hubungan mereka menjadi dingin secara tiba-tiba. Bukan Fendi tidak rindu pada Faizah, cuma entahlah? Kenapalah dia terburu-buru memberi jawapan tempohari. Takkanlah Fendi nak jilat balik ludah yang dia dah luahkan. Dia pun tidak tahu kenapa dirinya jadi sebegini. Sedikit perasaan kesal berbekas dihati Fendi.
Perlahan Fendi membelek bingkai gambar yang terisi gambar Faizah di tepi katilnya. Hmmmm..... Fendi merenung lagi gambar yang sama seakan tidak pernah merasa jemu. “Fen..... kalau dah suka bagi tahu ajelah. Tak payahlah nak berangan sendiri” tiba-tiba suara Adi menyapa ke gegendang telinga Fendi. Dengan pantas dia meletakkan semula gambar Faizah ke tempat asalnya. Fendi lihat Adi bersandar di tepi pintu biliknya.
Dah lama benar Faizah mendiamkan diri. Hampir 2 bulan. Selama itulah Fendi merinduinya. "Ahhhhhhhhh.....! Jerit batinku!!" amat perit Fendi rasakan jeritan batinnya. KALI ini Fendi memang tidak dapat menahan perasaan rindunya lagi pada Faizah. Dia terus mendail no telefon Faizahl lewat petang itu.
Kali ini dia berhasil. Faizah menjawab panggilannya. “Hai.. lama tak dengar cerita?” Fendi dengan berani memulakan bicara. “Hmmmmm...... apa nak buat. Diam itu lebih baik” balas Faizah penuh makna. Fendi jadi terpana. Kenapa pulak dengan sidia ni? Merajuk tak habis lagi ke? “Iyer…? apa cerita sekarang” tanya Fendi dengan ramah. “Tak ada cerita apa apa. Cuma I ada hantar sesuatu. I pos aje. Tak taulah you dah terima ke belum” jawab Faizah dengan perlahan. “Hantar apa? Hantar kad kahwin ke.....?” usik Fendi sambil ketawa.
Di dalam hatinya berharap agar apa yang Faizah luahkan hanyalah gurauan semata.“Haaahhh!!!. I hantar kad kahwin I. Mana you tau?” Faizah bertanya sepatah-sepatah. Fendi terdiam. Fendi tidak dapat mengagak sama ada Faizah sekadar bergurau atau pun benar-benar memaksudkannya.
“Errr..... ye ke? Dapat orang mana?” tanya Fendi lagi yang berharap agar apa yang dikatakan oleh Faizah itu hanya main main sahaja. “Dapat orang Johor jugak. Ibu I yang carikan. Hari tu ibu I ada tanyakan pasal you. I cakaplah, yang you tak nak!! Sebab I dah janji dengan ibu, kalau dengan you tak jadi, I setuju aje pilihan ibu I. Jadi ibu I carikan lah....” lancar sungguh jawapan yang keluar dari mulut Faizah.
Fendi terpaku sebentar. Tiba tiba saja dadanya menjadi sebak. Hatinya bertambah pilu dengan kata kata Faizah itu. Betulkah perkhabaran yang didengarnya itu?
Fendi termenung sekali lagi memikirkan segala-galanya yang berlalu dengan begitu pantas. Betul ke semua ni? Fendi jadi bertambah bingung sekali.
Petang itu juga, Fendi membuka peti suratnya seperti biasa. Alangkah terperanjatnya Fendi menerima sekeping kad jemputan berwarna kuning yang baunya begitu semerbak sekali. Dengan gementar dia membaca kad tersebut. Tertera nama Faizah dan Azmi di bucu kiri dan kanan kad jemputan itu.
"Menyesalnya aku!! Menyesalnya aku......!!! Baru kini Fendi merasai yang dirinya benar-benar nemcintai dan menyayangi diri Faizah lebih dari seorang sahabat. Airmata Fendi jatuh berlinangan dibawah kelopak matanya. Badannya tiba-tiba terasa lemah dan lesu. Wanita yang diharapkan menjadi suri hatinya telah dimiliki orang buat selama lamanya.............. TAMAT!!!!