Image Hosted by ImageShack.us

PENA TIDAK DAPAT DIPISAHKAN DARI AKU.CERPEN AKAN KU KARANG DISINGAPURA.PUISI INDAH UNTUK MELAYU SINGAPURA.CERPEN TAULADAN UNTUK SASTERAWANKU. PUISI ISLAM UNTUK BANSAKU.WAHAI AHLI SASTERAWAN MELAYU SINGAPURA,WAHAI PENULIS KARYAWAN JANGAN SEGAN DAN RAGU UNTUK KRITIK CERPEN DAN PUISI YANG AKU TULIS. AKU TERIMA ULASAN KRITIK AHLI SASTERAWAN MELAYU SINGAPURA. IKUTILAH KARANGANKU....!!!



Thursday, March 10, 2005
BERAKHIRNYA CERPEN CINTA PANDANG PERTAMA


Umur Faizah sudah pun mencecah 25 tahun.  Sekurang-kurangnya dia tak pernah menyembunyikan umurnya dari Fendi. Hmm.. diketika ini Faizah masih sendirian dan solo, selepas dia putus cinta 6 tahun yang lalu. 

 

Dalam usia Faizah mencecah 30 tahun, maknya sudah mula bising menyuruh Faizah berumahtangga. Maklumlah, Faizah itu adalah anak bongsu dalam sebuah  keluarga yang mempunyai 10 orang adik beradik. Kesemua abang dan kakaknya sudah berumahtangga.


Masalah yang dihadapi oleh Faizah sekarang ialah, dia masih belum berjumpa dengan pasangan yang sesuai.  Tiap-tiap hari, ada saja gambar lelaki yang dibawa balik oleh emaknya.  Faizah naik rimas dengan situasi sebegitu. Biarlah dia pilih calonnya sendiri. 

 

Fendi faham akan perasaan yang dihadapi oleh Faizah. Tapi ada satu masalah yang mengganggu fikiran  Fendi  tentang diri  Faizah. Fendi diberitahu yang sebenarnya Faizah hanyalah seorang  anak angkat! Ibu bapanya yang sebenar berada di Pontian, Johor.  Dia mempunyai ramai adik beradik  sehingga memaksa ibu bapanya yang sebenar menyerahkannya kepada sebuah keluarga angkat. 

 

Kini tinggallah  Faizah bersama keluarga angkatnya di Singapura.  Dan yang paling menyedihkan sekali, Faizah  hanya mengetahui yang dia adalah anak angkat ketika usianya 15 tahun!

 

Sukar untuk Fendi memahami keadaan diri Faizah.  Ada dua orang ibu dan dua orang bapa!  Yang memeningkan Fendi lagi ialah keluarga manakah yang Faizah lebih rapat? Keluarga angkatnya ke...? Atau ibu yang melahirkannya...? Fendi tertanya tanya sendiri. Fendi jadi  tidak faham.  Untuk menerima keluarga Faizah dalam keadaan begitu amatlah sukar bagi dirinya.  Fendi bakal mempunyai 2 orang bapa mertua dan 2 orang ibu mertua. 


"Ah tidakkkkkkkkkkkk!!!. Sedangkan mempunyai seorang ibu mertua pun sudah cukup menyeksakan, inikan pula jika ada dua!"  Fendi mengetuk ngetuk kepalanya.  Jauh benar Fendi berangan rupanya. " Belum tentu Faizah sukakan dia.   Fendi sudah perasan. Aduhai…! Anak emak ni dah parah!" Fendi berkata pada dirinya sendiri.

 

HARI ini, Fendi menerima sepucuk surat dari Faizah yang didalamnya berisi dua keping gambar Faizah.  Sekeping, Faizah sedang berdiri bersebelahan pasu bunga dan yang satu lagi dia sedang duduk dibangku.  Hmmm......... Fendi leka mengulit dua keping gambar yang terakam raut wajah yang sering dia angankan di dalam tidurnya.  

 

Fendi tiba-tiba jadi rindu.  Dia sendiri tidak pasti dengan perasaannya yang sebenar. Dalam diam diam Fendi merindui Faizah, tetapi sering dia menafikan perasaan sayang yang mula tumbuh di dalam sanubarinya itu. 


Dengan ghairahnya Fendi mendail nombor telefon rumah Faizah.  Deringan tanda ‘enggage’ menyapa telinganya.  Hmm.. dia pandang ganggang telefon di tangannya.  Dia letak perlahan.  "Telefon malam nantilah!!" Fendi mengeluh.  Tapi Fendi pasti yang Faizah akan menelefonnya terlebih dahulu.  Fendi tersenyum sendirian.

 

Tepat seperti sangkaannya.  Tepat jam 11.00 malam  Faizah menelefon Fendi.   Fendi tersenyum lebar.  Sepanjang 3 jam perbualan mereka langsung tidak disentuh mengenai soal hati dan perasaan masing masing.  Fendi jadi sedikit ragu.  Dia jadi sangsi dengan perasaannya sendiri.  Buat ketika ini Fendi rasakan yang dia cuma sekadar menyayangi Faizah sebagai seorang sahabat.  Fendi renung telefon itu dengan penuh keraguan.

 

Hmm….. belum pernah sekali pun dalam masa perkenalan ini, Fendi melafazkan sebarang janji.  Tidak ada sebarang tanda pun yang  menunjukkan dia benar-benar ingin menyunting Faizah.  Tapi dia sendiri tidak pasti apa yang dia sandarkan dan apa yang dia inginkan dari hubungannya dengan Faizah yang hampir mencecah  5 bulan ini.  Terlalu muda dan mentah untuk dirinya. 


Tapi cerita Faizah dan luahannya terhadap Fendi, seakan-akan menarik minat Fendi.  Seakan-akan ingin memberitahu pada Fendi supaya mengetuk pintu hatinya. Fendi menelan air liurnya perlahan lahan.  Isssshhhh… tak mungkin! "Ikatan apakah yang kita jalinkan ketika ini,Faizah?" Fendi tertanya sendiri. 

 

HARI ini Fendi tiba-tiba jadi rindu dengan suara Faizah.  Dengan agak gementar dia mendail no telefon Faizah untuk kesekian kalinya.  Belum pernah lagi Fendi menelefon Faizah di siang-siang hari begitu.


Tiba-tiba talian di sana diangkat.  Fendi jadi menggelabah.  Kenapa dia selalu berkeadaan begini agaknya?  "Assalamulaikum"pantas Fendi  memberi salam seperti kebiasaannya.

“Wa’alaikummussalam..” kedengaran suara perempuan tua menjawab.  


 

Fendi mengagak tentulah itu suara ibu Faizah. “Boleh saya bercakap dengan Faizahl?” tertib sekali Fendi tanyakan Faizah kepada ibunya itu.  “Dia tak ada.  Dia keluar.  Siapa ni” Tanya ibu Faizah.  Fendi rasa  serba salah.  Nak kenalkan dirinya atau tidak?  “Fendi makcik.  Kawan Faizah” akhirnya terkeluar juga jawapan dari mulut Fendi. Dari mana ni” tanyanya lagi.  Isssshhhh..! Fendi garu kepalanya. Banyak tanya pulak ibu Faizah ni, Fendi merungut di dalam hatinya. “Dari Singapura makcik” jawab Fendi ringkas sekali. 

 

Kalau boleh dia ingin tamatkan saja perbualan dia dengan ibu Faizah jika Faizah tidak ada dirumah. “Niii... makcik nak tanya kamu sikit.  Kamu jangan marah.  Mak cik nak tanya aje.  Jawab betul-betul tau” tiba tiba saja darah Fendi  berderau bila mendengar kata-kata tersebut.  Apa yang nak ditanyanya?  Dia nak marah aku ke? Atau dia tak suka aku menalifon Faizah diwaktu ini?  Bermacam-macam pertanyaan menerjah dibenak Fendi.

 

“Anak ni dengan Faizah ada apa-apa ke?” tiba-tiba saja soalan itu diajukan oleh ibu Faizah.  Fendi terkedu. Dia tepuk dahi sambil mencari-cari jawapan yang sesuai di kala ini. “Errrr… tak ada apa-apa cik, cuma kawan biasa aje.  Lagipun saya ni orang jauh” jawab Fendi dengan nada tersekat-sekat.  Fendi tidak pasti adakah jawapan yang baru dia lafazkan itu  adalah perasaannya yang sebenar atau tidak. “Pernah jumpa?” tanya ibu Faizah lagi.  “Pernah” jawab Fendi sepatah. 

 

Ketika ini dia rasa seperti terseksa.  Bila agaknya sesi soaljawab ini akan berakhir. “Hmmmm..... makcik sebenarnya dah lama suruh Faizahl tu kahwin, tapi dia tak nak.  Dia pernah cerita pada makcik pasal Fendi ni.  Sebab tu mak cik tanya betul-betul pada Fendi.  Kalau Fendi nak, setakat Singapura tu tak lah jauh sangat dari Johor ni.  Yang penting Fendi setuju. Baru senang hati makcik” Errrk.....!! Fendi menelan air liurnya  sendiri. 

 

Dia mengaru kepalanya sendirian dan  cuba mencari alasan.  Itulah siapa suruh dia cari bala.  Tak pasal-pasal Fendi kena interview yang dia rasakan lebih siksa dari interview dibank tempohari.


“Nantilah makcik, biarlah saya bagi tahu pada Faizah sendiri.  Saya bincang dengan dia dulu” Fendi cuba menjawab sebaik mungkin. 

 

Seboleh-boleh Fendi cuba untuk tidak mahu melukakan hati ibu Faizah yang dia tahu begitu mengharapkannya. Fendi meletak telefon setelah perbincangannya dengan ibu Faizah.  Dia termangu seketika.  Hatinya berbelah bahagi.  Dia masih belum bersedia.  Belum bersedia untuk mengakhiri zaman bujangnya.

 

Malam itu sekali lagi telefon Fendi berdering. Fendi dan Faizah membuat  satu pertemuan untuk Fendi khabarkan perihal panggilan telefon yang dia buat siang tadi tentang perbualannya dengan ibu Faizah. "Hmmmm…..... so, apa pendapat you?" tanya Faizah dengan tenang sekali.  

 

Fendi jadi serba salah. Ya atau pun tidak? Fendi sendiri  tidak pasti.  Entah kenapa,  perasaannya menjadi begitu serba salah untuk menjawabnya "Tak naklah. Lagipun Zah....I belum bersedia?!"jawab Fendi.  “Kalau macam tu tak apalah.  Nanti I bagi tau ibu I” balas Faizah dengan nada kecewa.  Fendi cuma terdiam.  Dia memikirkan adakah betul apa yang dia lakukan ini? Mereka berdua pun pulang membelah kegelapan malam itu dengan perasaan masing masing.

 

SEMENJAK peristiwa itu, Faizah seolah olah menjauhkan dirinya dari Fendi. Begitu juga Fendi yang tidak lagi menghubungi Faizah. Fendi tak tahu kenapa hubungan mereka menjadi dingin secara tiba-tiba.  Bukan Fendi tidak rindu pada Faizah, cuma entahlah? Kenapalah dia terburu-buru memberi jawapan tempohari.  Takkanlah Fendi nak jilat balik ludah yang dia dah luahkan.  Dia pun tidak tahu kenapa dirinya jadi sebegini.  Sedikit perasaan kesal berbekas dihati Fendi.

 

Perlahan Fendi membelek bingkai gambar yang terisi gambar Faizah di tepi katilnya.  Hmmmm..... Fendi merenung lagi gambar yang sama seakan tidak pernah merasa jemu. “Fen..... kalau dah suka bagi tahu ajelah.  Tak payahlah nak berangan sendiri” tiba-tiba suara Adi menyapa ke gegendang telinga Fendi.  Dengan pantas dia meletakkan semula gambar Faizah ke tempat asalnya.  Fendi lihat Adi bersandar di tepi pintu biliknya.

 

Dah lama benar Faizah mendiamkan diri.  Hampir 2 bulan.  Selama itulah Fendi merinduinya.  "Ahhhhhhhhh.....! Jerit batinku!!" amat perit Fendi rasakan jeritan batinnya. KALI ini Fendi memang tidak dapat menahan perasaan rindunya lagi pada Faizah.  Dia terus mendail  no telefon Faizahl lewat petang itu. 

 

Kali ini dia berhasil.  Faizah menjawab panggilannya. “Hai.. lama tak dengar cerita?” Fendi dengan berani memulakan bicara. “Hmmmmm...... apa nak buat.  Diam itu lebih baik” balas Faizah penuh makna.  Fendi jadi terpana.  Kenapa pulak dengan sidia ni?  Merajuk tak habis lagi ke? “Iyer…? apa cerita sekarang” tanya Fendi dengan ramah.  “Tak ada cerita apa apa.  Cuma I ada hantar sesuatu.  I pos aje.  Tak taulah you dah terima ke belum” jawab Faizah dengan perlahan. “Hantar apa? Hantar kad kahwin ke.....?” usik Fendi  sambil ketawa. 

 

Di dalam hatinya  berharap agar apa yang Faizah luahkan hanyalah gurauan semata.“Haaahhh!!!. I hantar kad kahwin I.  Mana you tau?” Faizah bertanya sepatah-sepatah.  Fendi terdiam.  Fendi tidak dapat mengagak sama ada  Faizah sekadar bergurau atau pun benar-benar memaksudkannya. 

 

“Errr..... ye ke? Dapat orang mana?” tanya Fendi lagi yang berharap agar apa yang dikatakan oleh Faizah itu hanya main main sahaja. “Dapat orang Johor jugak.  Ibu I yang carikan.  Hari tu ibu I ada tanyakan pasal you. I cakaplah, yang you tak nak!!  Sebab I dah janji dengan ibu, kalau dengan you tak jadi, I setuju aje pilihan ibu I.  Jadi ibu I carikan lah....” lancar sungguh jawapan yang  keluar dari mulut Faizah. 

 

 Fendi terpaku sebentar.  Tiba tiba saja dadanya menjadi sebak. Hatinya bertambah pilu dengan kata kata Faizah itu. Betulkah perkhabaran yang didengarnya itu?

 

Fendi termenung sekali lagi memikirkan segala-galanya yang berlalu dengan begitu pantas.  Betul ke semua ni?  Fendi jadi bertambah bingung sekali.

 

Petang itu juga, Fendi membuka peti suratnya seperti biasa. Alangkah terperanjatnya Fendi menerima sekeping kad jemputan berwarna kuning yang baunya begitu semerbak sekali. Dengan gementar dia membaca kad tersebut. Tertera nama Faizah dan Azmi di bucu kiri dan kanan kad jemputan itu.


"Menyesalnya aku!! Menyesalnya aku......!!!  Baru kini Fendi merasai yang dirinya benar-benar nemcintai dan menyayangi diri Faizah lebih dari seorang sahabat. Airmata Fendi jatuh berlinangan dibawah kelopak matanya.  Badannya tiba-tiba terasa lemah dan lesu. Wanita yang diharapkan menjadi suri hatinya telah dimiliki orang buat selama lamanya..............  TAMAT!!!!

 

 

 


Posted at 03:54 am by repen
Comments (8)  




Sunday, March 06, 2005
CERPEN CINTA PANDANG PERTAMA SINGAPURA



Berdebar debar rasa hati Fendi dibuatnya.  Kenderaan yang lalu-lalang sedikit pun tidak menggugat penumpuannya. Dia tidak menghiraukan keadaan manusia disekelilingnya. “Mana dia ni?” bisik hati Fendi sendirian. Kakinya sudah mulai lenguh berdiri.Fendi cuba gerak-gerakkan kakinya seolah-olah sedang bersenam aerobik.  Kakinya sudah mula terasa kejang.


Fendi mula memandang sekilas kasut coklat Kickers yang baru sahaja dia  beli pada minggu yang lalu. Hatinya mula menyumpah-nyumpah.  “Ah..tak datang ke dia?” tanya Fendi  perlahan.  Fendi sudah mula terasa  dirinya dipermain-mainkan.  Dia pandang jam tangan Rolexnya.  Tepat jam 11.20 minit pagi.  Dah lewat 20 minit.  


Fendi rasa gelisah dan cemas. Dalam hatinya sudah mula berkira-kira untuk berpatah balik ke rumah.  Tapi Adi tak ada dirumah.  Dia dah pergi kerja pagi tadi.  Hm… inilah susahnya menumpang dirumah orang..  Kalaulah tidak kerana 'Fazira' tu dah lama Fendi angkat kaki belah.


Fendi mengaru-garu hidungnya.  Dia menoleh kekanan dan kekiri. Fendi mengeluh. Teringat dia janji yang dimeterai seminggu lepas.  


Dia dan 'Fazira' sudah berjanji untuk bertemu hari ini. Fendi sebenarnya berkenalan dengan 'Fazira' melalui talipun. Perhubungan mereka sudah berjalan selama 3 bulan lamanya. Fendi membuat keputusan untuk bersemuka dengan 'Fazira'. Dia benar benar ingin tahu bagaimanakah rupa si' Fazira' itu.Tak taulah macam mana rupa dia. 


Cuma dia kata tunggu di bus stop Hereen Orchard Rd Singapura. Dia akan pakai baju blouse yang berwarna merah serta skirt biru.  Beriya-iya  benar dia menabur janji.  Tak nampak pun Fendi gadis seperti itu. Sampai sekarang batang hidung pun tak nampak.

 

Fendi mula patah semangat. "Aahhhh.... Balik lagi baik! Fendi mula berjalan menuju ke keretanya yang dia park di bangunan Hereen. "Dia tipu aku tak?? Kurang ajar!!.. nanti dia, kalau dia talipun aku tahu lah apa nak cakap dengan dia" Hati Fendi mula merungut-rungut sendirian. 


Tiba-tiba satu suara seorang gadis kedengaran dari belakang." Assalamuailaikum Encik Fendi. Apa khabar?  Hati Fendi mula bergelora.  Seram, berdebar dan keliru mulai Fendi rasakan.  Dia mengusap dadanya meminta degupan jantungnya tidak terlalu rancak menari. 


Sebelum Fendi menoleh kebelakang, berkata kata hatinya " Gemukkah dia? Kurus? Hitam? Pendek? Segala fikiran negetif mula terpampang dalam fikirannya. Fendi pun nekad menoleh kebelakang dan menjawab "Waalaikumsalam. Ini ke....Cik Fazira? Fendi dengan suara terketar ketar menjawab.


Dipadangnya Fazira tak berkelip matanya. Tersentak dibuatnya. "Cantik Fazira ni rupanya!" bisik Fendi perlahan. "Helloo.. Encik Abang, dah puas pandang!! Fazira menyapa Fendi yang dilamun bayangan. " Nak pergi mana kita? Tak kan nak tercegat disini..? Fendi pun bawa Fazira kearah kereta Hondanya dan mereka pun membelah kesibukan Orcahard Rd.

 

Sepanjang hari Fendi termenung diatas katil. Terbayang bayang dimatanya wajah 'Fazira' atau lebih dikenali tepat Fendi memanggilnya Faizah. 'Fazira' tu nama samaran dalam talipun. Mereka berbual bual dalam talipun hampir tiap tiap malam. Sampai terleka Fendi dibuatnya. Kadang kadang jam 4 pagi baru mereka berdua habis berbual.


Tapi tempohari, itulah detik pertama pertemuan antara Fendi dan Faizah bertentang mata. Fendi mula terbayang bayang raut wajah Faizah. Keningnya yang hitam. Matanya yang menawan. Hidungnya yang mancung. Tah ubah seperti pelakon pujaan Nisdawati dalam cerita KL Menjerit. Dan yang paling penting ialah rambutnya yang panjang. Diikat kemas. "Mak aiih!" Fendi rasa macam dia dah jatuh cinta pulak dibuatnya. Fendi jadi gila bayang.......................   Fendi jadi gila bayang.

                                                                                                                                                         

                                                                                                                                                           Bersambung............


Posted at 11:14 pm by repen
Comments (4)  




Wednesday, March 02, 2005
CERPEN PENGANTIN SINGAPURA



'Selamat Pengantin baru' teng teng teng teng teng...
'Selamat Berbahgiaaaaa' teng teng teng teng teng...
'Selamat ke anak cucu'
'Selamat sejahtera......'

Lagu yang mengimbau sejarah ahaks...masa Yus dulu ada live band lagi.... Yus sampai ke rumah pakciknya di Bedok lewat sebab kereta tayarnya pancit di highway ECP..Itulaa sepupunya yang bernama Leha akan bersanding pada hari ini.

”Mak aiii...ramainya tetamu,” Yus mulakan tugasnya sebagai kendarat... Lagipun..majilis kahwin diSingapura tak sama seperti dahulu. Banyak perubahannya dan dah banyak modennya. Dulu hidangan diangkat sedulang demi sedulang, tapi sekarang dah makan ala buffet.Eheheheh.. macam mat salleh. Cuma makanan masih dimasak secara gotong royong. Dalam pada melayan tuh, Yus jumpa laa kawan kawan lama...dulu masa belajar. Dia pun bertukar tukar alamat." Hey…Man , kau tak ada handphoneke...Hai zaman.maju macam gini tak ada handphoneke. Gaji besar, kereta besar, baju lawa tapi tak ada handphone..Apa punya brader. " sambil berseloroh, sempat pulak Yus giat Man Rocker kawannya yang dulu main band sama sama. Banyak jugak Yus bertukar tukar no phone dengan kawan kawan lamanya. Boleh dia sms. Maklumlaa....dunia canggih...sms sana...sms sini cun brader.Kalau tak dapat no handphone, dalam zaman cyber nih tukar e-mail pulak. Sempat  pulak Yus promote web jurnalnya pada kawan kawannya...(tepuk tangan) rata rata dah bekerjayalaa dia. Yang perempuan dimajlis kawin sepupu Yus majoritinya dah bergelar isteri. Yang lelaki cuma segelintir suami orang...biasalah tuh.

Yus seronok tengok sedara mara yang datang dengan keluarga masing masing walau nama atas kad jemputan tuh nama ketua keluarga. Yang tak sempat diberi kad tetap datang walau jemputan melalui telefon atau orang perantaraan. Tetapi yang tak dapat hadir tetap mengirim sumbangan..biasanya duitlah. Kalau zaman sekarang di bandar. Kad jemputan yang dihantar ada kad balasan samada nak datang atau tidak...sedih pulak difikirkan ada ada saja...nak safe bujet........cam tak ikhlas je...

"Pengantin dah sampai" bebudak menjerit..
Yus tak lepas peluang tengok sepupunya Leha yang cantik itu. Cutenya dia. Lepas Leha dudok atas pelamin, makan bersama pasagannya, Yus pun pergi salamler pada kedua pengantin. Mak kau..... cam pinang dibelah. Eeesshhh....cemburu Yus dibuatnya. Tapi mereka berdua bersanding tidak cam Yus dulu, bertepung tawar dekat 2 jam...sakit pinggang Yus dibuatnya. Sekarang apa nak buat, dah dudaaa.... nasib brader.

Wah...bunga telur hasil tangan buatan Yus diberi pada rombongan pengantin lelaki. Yus pun bagi bagikan kepada pihak lelaki...Lepas itu apa lagi..Yus pun salam salam sama saudara mara dan members" Hellooo brader....gua balik dulu...apa apa contak brader." sambil melambai tangan kearah members Yus menuju kearah keretanya  lalu pulang. Banyak sungguh bekalan yang Yus dapat. Orang Singapura kata berkat. Bawakler pulang walaupun Yus tau dia takkan makan habis.

Kenduri masih belum selesai masa Yus pulang. Bila lagi akan datang masa untuk Yus  berkumpul balik dengan sedara maranya? Seronok brader....




Posted at 05:32 pm by repen
Make a comment  




Sunday, February 27, 2005
CERPEN SINGAPURA HARAPAN SEORANG AYAH



Jamil dengan ghairah bersiap siap untuk Hari Konvokesyen Di NUS.
"Eh Jamil, kau dah siap. Apa kau buat di atas tu berjam jam. Nanti kan kita lambat baru tahu kau." Bapanya sambil menengok kearah jam dinding. Bapa Jamil adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya dan terkenal di kota Singapura. Beliau mempunyai seorang anak yang bernama Jamil  peninggalan arwah isterinya.
"Ayah, Jamil dah siap ni, mari kita pergi"sambil bergegas gegas Jamil mengangkat beg serta kot hitamnya menuju kekereta Merz 240 kepunyaan bapanya.

Dalam perjalanan keNUS, mereka berdua berbual bual tentang masa hadapan Jamil.
"Lepas dapat Ijazah ni, kau nak kerja apa?" bertanya bapanya.
"Jamil belum buat keputusan Ayah. Tapi Jamil ingat, eemmm... Jamil mahu lanjutkan Master Degree keluar negeri. Itupun kalau ayah izinkan." dengan suara terketar ketar.
"Tapi..errr ayah kan dah janji pada Mil, nak berikan hadiah istimewa untuk Mil selepas Hari Konvokesyen?" Jamil dengan senyuman bertanya kepada bapanya. Sebenarnya sudah berbulan bulan lamanya Jamil mengidam sebuah kereta sport ferrari yang bapanya janjikan padanya. Jamil telah berjanji kepada bapanya, yang dia akan berlajar bersungguh sungguh asalkan dia dapat memiliki kereta idamannya itu.  Dan Jamil juga tahu yang bapanya mampu dan sanggup untuk membelinya kerana dia adalah satu satunya anak kesayangan bapanya. Tak sabar Jamil dibuatnya.
"Itu ayah tahu, kan ayah juga yang janji pada Mil selepas Konvokesyen nanti. Balik rumah nanti ayah berikanlah." Hati Jamil bergelodak apabila mendengar kata kata bapanya itu. Dia berkata dalam hati,"Tak lupa juga orang tua ni. Aku ingat dia dah lupa dengan janji janjinya emmmm...." Fikiran Jamil melayang sekejap dengan kereta sport ferrarinya. Brommmbromm sana kesini bergaya dia dengan kawan kawannya. Dia rasakan, dialah orang pertama anak orang kaya Melayu Singapura yang mempunyai kerete sport ferrari.

Mereka pun sampai ke tempat destinasi mereka. Didalam majlis Konvokesyen itu, Jamil mendapat ijazah terpuji sebagai pelajar terbaik tahun itu. Ini membuat dia rasa lebih yakin yang bapanya pasti berikan hadiah special untuk selepas pulang nanti. Hati Jamil bertambah gelodak dan tidak sabar menanti saat saat pemberian hadiah daripada bapanya.

Apabila tiba di rumah, bapanya memanggil Jamil masuk kebilik belajar. Bapanya berkata" Ayah bangga dengan kau, Mil. Ayah tak sangka kau akan berjaya sampai begini. Ayah bangga dapat anak macam kau, Mil. Selepas peninggalan ibumu, kaulah tempat ayah menumpang kasih, kaulah tempat ayah berbual bual mesra.Kaulah satu satunya anak ayah. Sebagai kejayaan kau hari ini, ayah hadiahkan kau hadiah idaman kau yang telah lama kau tunggu." sambil menghulurkan kotak hadiah berwarna hijau siap dengan berbalut reben hijau berbunga mawar kepada anak kesayangannya Jamil. Dengan wajah yang gembira, Jamil terima pemberian ayahnya lalu membukanya. Alangkah terperanjat Jamil apabila melihat hadiah itu yang berupa sebuah Kitab Al Quran. Terkejut Jamil dengan pemberian bapanya yang kayaraya hanya mampu memberi anak sebuah Al Quran. Dengan nada kecewa bercampor marah, Jamil berkata" Tak sangka Mil pada ayah. Ayah seorang yang kaya dan banyak duit, hanya mampu beri Mil Quran. Ayah mungkir janji, ayah mungkir janji, ayah mungkir janjiiiii.....?" sambil keluar dia menghempas pintu bilik belajar dengan sekuat kuat hatinya dan tinggalkan Kitab Al Quran diatas meja.
"Nanti Jamil, nanti Mil ......nanti Mil....!!!" bapanya berteriak kepada Jamil. Dengan perasaan marah Jamil meninggalkan rumah itu buat selama lamanya.

Bertahun lamanya telah berlalu. Jamil sudah menjadi seorang yang berjaya dalam hidup. Dia tinggal di Australia dan seorang usahawan yang kaya disana dan mempunyai isteri dan seorang anak. Tapi barulah sekarang Jamil terasa rindu akan bapanya dan dia sedar yang bapanya semakin hari semakin tua. Datang perasaannya ingin bertemu semula dengan bapanya semenjak peristiwa
pemberian hadiah itu. Sebelum Jamil membuat persiapan untuk bertemu dengan bapanya, Jamil menerima telegram yang mengatakan bahwa bapanya telah meninggal dunia. Segala harta bapanya telah diwariskan kepadanya. Jamil perlu pulang ketanah air untuk menguruskan harta harta peninggalan bapanya.

Apabila tiba dirumah bapanya, Jamil terasa sedih dan pilu melihat bilik belajarnya. Bilik itulah terjadi trajedi perpisahan antara dia dengan bapanya. Semakin dekat menghampiri pintu itu, semakin berdenyut jantungnya seolah olah peristiwa itu baru berlaku semalam. Jamil rasa menyesal yang tak sudah, kenapa dia harus meninggalkan rumah itu. Jamil pun masuk kebilik itu mengemas dokumen dokumen penting arwah bapanya. Apabila dia membuka laci meja belajar bapanya, Jamil ternampak Kitab Al Quran pemberian bapanya dahulu yang masih kelihatan baru. Dengan linangan airmata yang mencurah, dia membuka AlQuran itu. Sambil membaca ayat ayat suci Al Quran itu dengan berlinangan airmata, tiba tiba sepucuk sampul surat jatuh dari Al Quran itu. Jamil membukanya dan didapati ada kunci kereta bersama tag bertarikh Hari Konvekesyen, berserta surat kereta menandakan bayaran sudah dibayar habis dan sepucuk surat dari bapanya yang berbunyi

"Ayah sangat sayang padamu, Mil. Ayah tahu kau sangat sukakan kereta sport itu. Ayah boleh bagi apa apa yang kau hendak dalam dunia ini. Harapan ayah janganlah kau lupa akan Allah, Mil. Janganlah kau lupa akan KitabNya Al Quran, Mil. Biarpun kau kaya macam mana, biarpun kau jahat macam mana, kau bacalah Al Quran hari hari sebagai amalan kau. Kau belalah Al Quran semoga diakhirat sana nanti kau senang sebagaimana kau usaha disini.. Kau bacalah Al Quran untuk ayah jikalau ayah tiada. Semoga kau jadi anak yang soleh disisi Allah. Kau pilihlah antara kereta atau Al Quran. Itu saja permintaan ayah buat kau. Dihari Konvensyen kau Mil, ayah hadiahkan kau kereta sport dan Al Quran suraya kau berfikir mana yang penting buat diri kau, Mil." Jamil dengan nada kesal meraung menangis sekuat kuat hatinya,

"Jamil menyesal Ayah, Jamil menyesal Ayahhhh...........Ayahhh..........


 

Posted at 05:23 am by repen
Comments (5)  




Previous Page

Image Hosted by ImageShack.us

NAMAKU REPEN.

AKU AKAN MENULIS CERPEN CERPEN TERBAIK DARI HASIL KARYAKU SENDIRI.

AKU TELAH BACA BANYAK CERPEN CERPEN TERBAIK DARI KARYA PENULIS TERKENAL.

AKU ADALAH PENULIS CERPEN BARU DALAM DUNIA PENULISAN.

AKU PENULIS CERPEN SINGAPURA.

AKU PENULIS BEBAS.

AKU INGIN BERKAWAN DENGAN PENULIS TERBAIK DARI MALAYSIA, INDONESIA, SINGAPURA DAN SELURUH DUNIA.

KEPADA PENULIS PENULIS CERPEN TERBAIK YANG TELAH MEMBACA KARANGANKU, SUDILAH KIRANYA BERKAWAN DENGANKU. KAJILAH CERPEN CERPEN PILIHANKU, CERPEN CERPEN TERBAIK DAN CERPEN PILIHAN ADALAH YG TERBAIK DI SINGAPURA. CERPEN CERPEN PILIHAN KU ADA YANG BENAR DAN ADA YANG IMAGINASI. TAPI KEBANYAKANNYA ADALAH CERPEN CERPEN BENAR, TERBAIK DAN PILIHAN DARI PENGALAMAN.



Image Hosted by ImageShack.us

Kiblatku RumahAllah Kaabah

Kiblatku.....RumahAllah...

Tempat melabuhkan hatiku

Tempat menengadahkan tanganku

Tempat menyungkurkan dahiku

Tempat merendahkan diriku di hadapan-Mu

Kiblatku ... jadikanlah aku sahabatmu,

yang suka memakmurkanmu

Agar Allah membuatkan rumah di surga untukku .



Image Hosted by ImageShack.us QARI MESIR TERKENAL SHEIKH SHAABAN EL SAAYAD


QARI QARI MESIR INSPIRASIKU. AKU TARANUM AL QURAN MEMOHON PADA ALLAH. AKU MEMBACA AL QURAN KEREANA ALLAH. QARI QARI ARAB DAN TIMUR TENGAH KAWAN KAWANKU. TILAWAH AL QURAN TONTONANKU. FIRMAN DAN HADITH KEPALAKU. SUJUD DAN RUKUK MENANGIS KEPADA ALLAH ADALAH HATIKU. PENA DAN KATA KATA ADALAH PERJUANGANKU. SIAPAKAH YANG INGIN BERKAWAN DENGANKU. SUDIDAN SILAKANLAH!!!



CERPEN ABADI SINGAPURA,CERPEN KREATIF SINGAPURA, CERPEN REALITY SINGAPURA, CERPEN FANTASI SINGAPURA, CERPEN IMAJINASI SINGAPURA, CERPEN KOLEKSI SINGAPURA, CERPEN CINTA SUCI SINGAPURA, PUISI CINTA SINGAPURA, PUISI ISLAM SINGAPURA DAN SAJAK SINGAPURA.

Image Hosted by ImageShack.us



CERITA CERPEN MASAKAN TERBAIK JUGA AKAN AKU SELITKAN DALAM KARANGANKU DAN JUGA CERITA CERPEN MASAKAN TERKINI YANG POPULAR, CERITA CERPEN MASAKAN TRADISIONAL MELAYU SINGAPURA, MASAKAN KUIH MUIH TRADISIONAL MELAYU, MASAKAN TERBARU, MASAKAN ASLI SINGAPURA, MALAYSIA, INDONESIA DAN JUGA AKAN REPEN SELITKAN UNTUK PARA PARA PEMINAT CERITA CERITA CERPEN MASAKAN MASAKAN YANG TERKENAL DAN MASHYUR.





   









Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed