Jamil dengan ghairah bersiap siap untuk Hari Konvokesyen Di NUS.
"Eh Jamil, kau dah siap. Apa kau buat di atas tu berjam jam. Nanti kan kita lambat baru tahu kau." Bapanya sambil menengok kearah jam dinding. Bapa Jamil adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya dan terkenal di kota Singapura. Beliau mempunyai seorang anak yang bernama Jamil peninggalan arwah isterinya.
"Ayah, Jamil dah siap ni, mari kita pergi"sambil bergegas gegas Jamil mengangkat beg serta kot hitamnya menuju kekereta Merz 240 kepunyaan bapanya.
Dalam perjalanan keNUS, mereka berdua berbual bual tentang masa hadapan Jamil.
"Lepas dapat Ijazah ni, kau nak kerja apa?" bertanya bapanya.
"Jamil belum buat keputusan Ayah. Tapi Jamil ingat, eemmm... Jamil mahu lanjutkan Master Degree keluar negeri. Itupun kalau ayah izinkan." dengan suara terketar ketar.
"Tapi..errr ayah kan dah janji pada Mil, nak berikan hadiah istimewa untuk Mil selepas Hari Konvokesyen?" Jamil dengan senyuman bertanya kepada bapanya. Sebenarnya sudah berbulan bulan lamanya Jamil mengidam sebuah kereta sport ferrari yang bapanya janjikan padanya. Jamil telah berjanji kepada bapanya, yang dia akan berlajar bersungguh sungguh asalkan dia dapat memiliki kereta idamannya itu. Dan Jamil juga tahu yang bapanya mampu dan sanggup untuk membelinya kerana dia adalah satu satunya anak kesayangan bapanya. Tak sabar Jamil dibuatnya.
"Itu ayah tahu, kan ayah juga yang janji pada Mil selepas Konvokesyen nanti. Balik rumah nanti ayah berikanlah." Hati Jamil bergelodak apabila mendengar kata kata bapanya itu. Dia berkata dalam hati,"Tak lupa juga orang tua ni. Aku ingat dia dah lupa dengan janji janjinya emmmm...." Fikiran Jamil melayang sekejap dengan kereta sport ferrarinya. Brommmbromm sana kesini bergaya dia dengan kawan kawannya. Dia rasakan, dialah orang pertama anak orang kaya Melayu Singapura yang mempunyai kerete sport ferrari.
Mereka pun sampai ke tempat destinasi mereka. Didalam majlis Konvokesyen itu, Jamil mendapat ijazah terpuji sebagai pelajar terbaik tahun itu. Ini membuat dia rasa lebih yakin yang bapanya pasti berikan hadiah special untuk selepas pulang nanti. Hati Jamil bertambah gelodak dan tidak sabar menanti saat saat pemberian hadiah daripada bapanya.
Apabila tiba di rumah, bapanya memanggil Jamil masuk kebilik belajar. Bapanya berkata" Ayah bangga dengan kau, Mil. Ayah tak sangka kau akan berjaya sampai begini. Ayah bangga dapat anak macam kau, Mil. Selepas peninggalan ibumu, kaulah tempat ayah menumpang kasih, kaulah tempat ayah berbual bual mesra.Kaulah satu satunya anak ayah. Sebagai kejayaan kau hari ini, ayah hadiahkan kau hadiah idaman kau yang telah lama kau tunggu." sambil menghulurkan kotak hadiah berwarna hijau siap dengan berbalut reben hijau berbunga mawar kepada anak kesayangannya Jamil. Dengan wajah yang gembira, Jamil terima pemberian ayahnya lalu membukanya. Alangkah terperanjat Jamil apabila melihat hadiah itu yang berupa sebuah Kitab Al Quran. Terkejut Jamil dengan pemberian bapanya yang kayaraya hanya mampu memberi anak sebuah Al Quran. Dengan nada kecewa bercampor marah, Jamil berkata" Tak sangka Mil pada ayah. Ayah seorang yang kaya dan banyak duit, hanya mampu beri Mil Quran. Ayah mungkir janji, ayah mungkir janji, ayah mungkir janjiiiii.....?" sambil keluar dia menghempas pintu bilik belajar dengan sekuat kuat hatinya dan tinggalkan Kitab Al Quran diatas meja.
"Nanti Jamil, nanti Mil ......nanti Mil....!!!" bapanya berteriak kepada Jamil. Dengan perasaan marah Jamil meninggalkan rumah itu buat selama lamanya.
Bertahun lamanya telah berlalu. Jamil sudah menjadi seorang yang berjaya dalam hidup. Dia tinggal di Australia dan seorang usahawan yang kaya disana dan mempunyai isteri dan seorang anak. Tapi barulah sekarang Jamil terasa rindu akan bapanya dan dia sedar yang bapanya semakin hari semakin tua. Datang perasaannya ingin bertemu semula dengan bapanya semenjak peristiwa
pemberian hadiah itu. Sebelum Jamil membuat persiapan untuk bertemu dengan bapanya, Jamil menerima telegram yang mengatakan bahwa bapanya telah meninggal dunia. Segala harta bapanya telah diwariskan kepadanya. Jamil perlu pulang ketanah air untuk menguruskan harta harta peninggalan bapanya.
Apabila tiba dirumah bapanya, Jamil terasa sedih dan pilu melihat bilik belajarnya. Bilik itulah terjadi trajedi perpisahan antara dia dengan bapanya. Semakin dekat menghampiri pintu itu, semakin berdenyut jantungnya seolah olah peristiwa itu baru berlaku semalam. Jamil rasa menyesal yang tak sudah, kenapa dia harus meninggalkan rumah itu. Jamil pun masuk kebilik itu mengemas dokumen dokumen penting arwah bapanya. Apabila dia membuka laci meja belajar bapanya, Jamil ternampak Kitab Al Quran pemberian bapanya dahulu yang masih kelihatan baru. Dengan linangan airmata yang mencurah, dia membuka AlQuran itu. Sambil membaca ayat ayat suci Al Quran itu dengan berlinangan airmata, tiba tiba sepucuk sampul surat jatuh dari Al Quran itu. Jamil membukanya dan didapati ada kunci kereta bersama tag bertarikh Hari Konvekesyen, berserta surat kereta menandakan bayaran sudah dibayar habis dan sepucuk surat dari bapanya yang berbunyi
"Ayah sangat sayang padamu, Mil. Ayah tahu kau sangat sukakan kereta sport itu. Ayah boleh bagi apa apa yang kau hendak dalam dunia ini. Harapan ayah janganlah kau lupa akan Allah, Mil. Janganlah kau lupa akan KitabNya Al Quran, Mil. Biarpun kau kaya macam mana, biarpun kau jahat macam mana, kau bacalah Al Quran hari hari sebagai amalan kau. Kau belalah Al Quran semoga diakhirat sana nanti kau senang sebagaimana kau usaha disini.. Kau bacalah Al Quran untuk ayah jikalau ayah tiada. Semoga kau jadi anak yang soleh disisi Allah. Kau pilihlah antara kereta atau Al Quran. Itu saja permintaan ayah buat kau. Dihari Konvensyen kau Mil, ayah hadiahkan kau kereta sport dan Al Quran suraya kau berfikir mana yang penting buat diri kau, Mil." Jamil dengan nada kesal meraung menangis sekuat kuat hatinya,
"Jamil menyesal Ayah, Jamil menyesal Ayahhhh...........Ayahhh..........