 |
 |
 |
 |
 |
|
Monday, July 25, 2005
CERPEN SINGAPURA:KESUCIAN CINTA ABADI
Masih teringat lagi peristiwa yang membuat hati Rudy berderai ditinggalkan oleh kekasihnya, Natasha 10 tahun yang lalu. Percintaan mereka yang disemai sejak dibangku sekolah hingga ke Universiti amatlah intim sekali.
Nostalgia semalam tika kehangatan cinta Rudy bertautan tangan dengan Natasha sambil bermadu kasih di tepian pantai East Coast bagai menerpa di ruang matanya. Maka tersingkaplah persis sebuah tayangan yang tersusun bersama plot plot rakaman memori indah itu. Seperti sebuah drama berat dan Rudy masih ingat bagaimana cinta sejati lagi abadi itu akhirnya bersemadi dengan rendaman airmata insan yang bernama Natasha.
Kata kata Natasha yang tajam itu menusuk kekalbu hati Rudy hingga tidak percaya akan Rudy degan ucapan ucapan yang pedih itu.
"Ya!!!...I rasa I dah pilih yang terbaik untuk diri I. Youuu....Rudy mesti ikut cakap I. Tak kan I nak gadaikan agama I kerana you...Rudy?" begitu lantang sekali suara Natasha.
"Habis, macam mana dengan cinta kita? Demi cinta kita Natasha.......you mesti peluk Islam." Rudy seolah olah merayu kepada Natasha jangan berdegil dengan pendiriannya.
Rudy kelu. Natasha membisu. Tiada bicara yang mampu mengisi ruang itu sehingga bayu pantai East Coast menyapa muka masing masing. Lembut dan hening.
"Kenapa you hendak sangat I peluk Islam nii...?"
"Demi cinta kita Sha.....demi cinta kita Sha. I harap harap you sudi memeluk Islam supaya cinta kita boleh ditautkan dengan ikatan perkahwinan yang sah." jelas Rudy pada Natasha.
"Mengapa tidak saja you yang buktikan kesetiaan cinta kita? "Maksud you???" Soalan Rudy begitu ragu sekali. " You ikut saja agama I, agama Kristian I. Kan habis cerita." Rudy tercenggang dengan kata kata Natasha. Gadis Katholik Kritian itu seakan akan memaksa Rudy gadaikan agamanya demi kerana cinta.
Natasha hanya tersenyun sinis. Rudy dihambat kegelisahan kemudian menggeleng geleng kepalanya tanda menidakkan cadangan Natasha itu. Serentak itu airmuka Natasha berubah. Rudy menyaksikan airmata Natasha berlinangan yang akhirnya mengalir lesu. Rudy amat bersimpati dengan keadaan Natasha ketika itu.
Namun simpati itu hanya sekadar lakonan saja buat diri Rudy. Yang paling penting ialah untuk memegang teguh dengan keimanan demi untuk memelihara agamanya. Rudy tidak sanggup mengadai agamanya semata mata kerana cinta.
"Memang I cintakan you Tasha.........Yaaaaaa!!!... memang I cintakan you. Tapi I tak sanggup untuk gadaikan agama demi hanya untuk memiliki you...Tasha. Bukan begitu. I punya prinsip Tasha." Rudy bersuara dengan nada yang lunak supaya difahami oleh kekasih yang amat dicintai itu.
"Habis maksud you...I ni tiada nilailah disisi you? Jadi cinta kita yang selama ini kita semai bersama
tiada nilai? Begitu maksud you?" Bentak Natasha meningkah."Kalau begitu kita harus berpisah!!!" Natasha membuat kesimpulannya sendiri. Dia jadi tidak keruan. Dengan berlinangan airmata bercucuran, dia berlari meninggalkan Rudy sendirian dipantai itu. Bayu East Coast terus menyapa tubuh Rudy tiada terhenti. Nyaman mengigit gigit.
Rudy terkasima. Dia terdiam kelat. Tiada hujah hujah yang mampu untuk Rudy huraikan. Demi untuk dia mengatakan murtad dari agama Islam jauh sekali. Hatinya terus dirundung keliru untuk mengatakan penderiannya yang telah lama terpahat kukuh. Dia rasa tidak perlu untuknya mengalah pada gadis yang dicintainya itu. Rayuan Natasha semata mata untuk memerangkapnya. Namun prinsip hidup tetap dengan prinsip hidupnya. Tapi........Bagaimana harus dia pujuk Natasha sedangkan dia sendiri cetek pengatahuan tentang Islam itu sendiri. Yang hanya dia tahu ialah untuk berkahwin dengan gadis yang bukan Islam seperti Natasha, wajib untuk dia memeluk agama Islam.
Rudy begitu kecewa dengan sikap Natasha yang tidak sanggup menerima hakikat yang sebenar. Rudy cuba menghubungi Natasha untuk menghuraikan masaalah mereka. Tetapi terbukti gagal kerana dengar berita dari sahabat karibnya Agnes yang Natasha sekeluarga sudah berangkat ke Dubai dan menuntut disana.
Tinggallah Rudy keseorangan dalam kekosongan jiwa yang putus cinta yang tak terhurai. Rudy telah membuat kesimpulan diantara cinta dia dan Natasha telah terkubur, walaupun nisannya tidak pernah wujud. Meskipun Rudy bukan seorang yang alim beragama, namun untuk menggadaikan prinsip demi cinta, Rudy tidak sanggup. Keputusan itulah membuat dia ditinggalkan Natasha.
Kadang kala Rudy diusik rasa bersalah. Tetapi usikkan itu cuma sekadar sebuah citra yang akhirnya dia bunuh dari bertamu digarisan hayat. Tiada berita lagi tentang Natasha didalam fikirannya. Dia harus teruskan hidupnya dengan menuntut di Univesity dalam bidang kedoktoran hinggalah dia berjaya mencapai cita citanya sebagai seorang doktor.
Hingga kehari ini, nama Rudy begitu terkenal sekali sebagai doktor barah dihospital besar Singapura. Walaupun namanya sudah terkenal dan mempunyai kedudukan yang stabil, Rudy tetap keseorangan tanpa kekasih. Tiada pengganti selepas Natasha dihatinya. Natashalah kekasih pujaan hatinya yang awal dan akhir. Malah dia sanggup membujang hingga keakhir hayat menunggu kedatangan Natasha.
Pada satu hari dihospital besar Singapura, sedang Rudy jalani tugas hariannya, tiba tiba dia disapa oleh suara seorang gadis dibelakangnya.
"Assalammualaikum Dr Rudy. Apa khabar?" kedengaran suara manis lagi ayu dibelakangnya. Rudy pun menoleh kebelakang dan tercegat seorang wanita yang berjubah hitam berkacamata dan seorang lelaki berkot hitam dan berjanggut berdiri sambil tersenyum kepada Rudy. Dia agak tersentak melihat wanita itu. Seakan akan mengingatkannya kekasih lamanya Natasha. Mukanya mirip Natasha tapi mana mungkin Natasha sudah berubah. Mungkin tidak.
"Waalaikumsalam........khabar baik" jawab Rudy dengan hormatnya. Tidak berkelip mata Dr Rudy memandang wanita yang berjubah hitam itu. Jantungnya berdenyut dengan kuatnya. Seolah olah dia merasa gementar.
"Saya memperkenalkan diri saya....nama saya Nafisah dan ini suami saya Hussin. Saya dengar doktor adalah seorang pakar dalam bidang penyakit barah. Waahh.....nama Dr Rudy memang terkenal hingga ke Dubai. Masyaallah........Syukuranjaziran." Sambil membuka kacamata hitamnya. Nafisah tersenyum manis kepada bekas kekasihnya yang telah dia tinggalkan 10 tahun yang lalu.
"Kau!!!......Natasha? Dr Rudy terperanjat dan terpegun dengan wanita didepannya. Seolah olah dia tidak percaya akan Natasha boleh berubah. Boleh berubah menjadi seorang muslimah. Dia begitu kagum dan anggun akan berubahan diri bekas kekasihnya.
"Yaaa....sayalah Natasha. Tapi nama saya bukanlah Natasha. Nama itu sudah lama terkubur. Nama Islam saya ialah Nafisah bte Abdullah. Kenapa....Rudy hairan dengan perubahan saya? Wanita yang berjubah hitam itu akhirnya memperkenalkan kepada bekas kekasihnya Rudy siapa dirinya sebenar.
Rudy dengan segera menjemput Nafisah dan suaminya Hussin kepejabatnya untuk rundingan selanjutnya. Setiba saja dipejabat Rudy, Nafisah menerangkan keadaan yang sebenar dan hajatnya menemui Rudy. Sebenarnya suami Nafisah, Hussin dihinggap sejenis penyakit barah yang doktor di Dubai tidak tahu apakah puncanya. Maka Hussin dirujukkan oleh doktor doktor disana ke Singapura untuk pemeriksaan selanjutnya. Kebetulan pakar doktor barah itu ialah Dr Rudy sendiri. Memang dinanti nantikan Nafisah untuk bertemu dengan bekas kekasihnya yang sekian lama ditinggakkan. Bukan itu saja, malah Nafisah ingin membuktikan kepada Rudy yang dia telah berubah sekali.
Hussin suaminya Nafisah duarahkan oleh Dr Rudy ke bilik pemeriksaan darah. Sementara itu Nafisah dan Dr Rudy masih dipejabatnya. Perbualan antara mereka berdua masih belum berakhir. Seperti banyak perkara yang ingin Dr Rudy perbualkan.
"Sepuluh tahun Rudy......bukanlah suatu jangka masa yang panjang. Barangkali buat kau begitu lama sekali. Tapi untuk aku......mungkin tidak. Aku masih ingat lagi peristiwa aku tinggalkan kau Rudy. Aku masih ingat sekali. Seolah olah ia baru berlaku semalam." Kelihatan air mata berlinangan hingga mencecah dipipi Nafisah.
"Tapi macam macam boleh berlaku dalam tempoh seperti itu....Rudy. Lagikan pantai berubah walau sekali air bah, inikan pula manusia seperti kita." ujar Nafisah berkias dengan Rudy. Bahasanya meruntun tirai keegoan Rudy. Dia hanya mendengar kata kata manis dari Nafisah.
"Yaaaa......mungkin kau tidak sangka kenapa aku boleh jadi begini kan? Mungkin kau akan tertanya tanya kenapa aku sanggup membuang agamaku dan keluargaku kan? "Tentu kau masih ingat bukan akan prinsip kau Rudy?" Aku kagum dengan prinsip kau Rudy yang tidak mahu mengadaikan agama Islam kau semata mata kerana cinta kepada seorang gadis Kristian seperti aku. Kau masih ingat bukan? Soal Nafisah begitu menduga.
Nafisah bersuara lagi." Sejak perpisahan itu, kau tahu tak Rudy? Aku mula belajar tentang Islam. Aku memperdalami agamamu Rudy. Aku tertarik dengan keistimewaan agama Islam sehingga aku dengan rela dan ikhlas memeluk agama Islam tanpa paksaan. Barulah aku sedar mengapa kau tidak sanggup mengadaikan agamamu kerana cinta. Jika dinilaikan sebuah cinta dengan agamamu....Masyaallah begitu jauh sekali jaraknya. Rupa rupanya Islam itu adalah agama yang indah sekali. Betapa indahnya Islam."
Dr Rudy terkelu dengan kata kata Nafisah. Dia merasakan seperti seketul batu besar menghempap dikepalanya. Kedengaran nafasnya mengeluh panjang. Tiada kalimah yang wajar untuk dia lafazkan kepada Nafisah. Tidak sangka Nafisah boleh berubah dalam jangka masa sepuloh tahun. Tapi apahal dengan dirinya? Dunianya hanya membuat kajian kedoktoran saja. Untuk memperdalamkan agamanya sendiri, dia amatlah kekurangan. Dia malu dengan Nafisah. Malu sekali akan kekurangannya yang selalu mempertikaikan soal prinsip.
Dr Rudy sangat malu kepada suami Nafisah. Melalui Hussin lah Nafisah berubah dan berminat ghairah dengan Islam. Hingga Nafisah memeluk Islam dan berkahwin dengan Hussin. Mengapa dia tidak seperti Hussin yang berjaya membimbing Nafisah kearah hidayah Ilahi? Mengapa.....Mengapa? Dr Rudy sendiri gugup untuk menjawab persoalan itu. Biarlah ianya menyepi sendirian.
Perbualan mereka berakhir begitu saja kerana Dr Rudy dipanggil kebilik pemerisaan darah dengan segera. Hussin yang baru menjalani pemerisaan darah rebah dengan tiba tiba dan dalam keadaan coma. Nafisah panik mendengar berita suaminya yang baru tadi kelihatan sihat . Mereka berdua bergegas kebilik pemerisaan darah. Sampai sahaja disitu, Nafisah diarahkan oleh Dr Rudy supaya tunggu saja diluar sementara dia masuk kebilik pemeriksaan darah.
Jantung Nafisah berdenyut kuatnya. Dia berasa cemas dan gelisah. Sambil memegang bimbit telephonenya, dia membuat panggilan luar negeri untuk menghubungi ahli keluaga Hussin. Keadaannya tidak tentu arah berjalan kekiri kekanan hadapan dan belakang memikirkan keadaan suaminya.
"Mana Dr Rudy ni.....? Kenapa lambat? Berbagai bagai persoalan yang bermain difikiran Nafisah. Dia sudah tidak sabar lagi. Seolah olah dia mahu merempuh saja pintu bilik pemerisaan itu. Tapi dengan berbekalkan iman, dia banyak banyak berzikru menyebut nama Allah Subhanallah. Dia hanya berserah kepada Tuhan Yang Maha Esa. Teringat dia akan firman Allah yang bermaksud:
"Tiap tiap diri(yang berjiwa)mesti merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Barang siapa yang terjatuh dari neraka dan dimasukkan kedalam surga, sesungguhnya menanglah ia. Tiadalah hidup didunia ini, melainkan kesenangan yang memperdayakan." (Surah Al Imran 3 Ayat:185).
Tenang sedikit hati Nafisah apabila dia teringat firman Allah itu. Keresahan dan kegelisahan yang dialami reda sebentar. Dia harus menunggu dan terus menunggu.
Sudah hampir satu setengah jam berlalu, masih tidak muncul Dr Rudy. Apa yang berlaku didalam bilik itu adalah diluar minda Nafiah. Yang perlu ialah dia harus berserah kepada Tuhan Yang Maha Kuasa. Sedang fikirannya mengelamun berzikru, tiba tiba bahunya ditepuk oleh Dr Rudy.
"Macam mana dengan Hussin....Rudy? Soalan itu bertalu talu keluar dari mulut Nafisah. Dr Rudy terdiam. Tidak tahu bagaimana hendak memberitahu kepada Nafisah yang suaminya Hussin sudah tidak ada lagi didunia ini. Dia sudah kembali kerahmatullah. Dr Rudy tidak tahu bagaimana untuk menerangkan yang dia sudah berusaha sedaya paya untuk menyelamatkan suami Nafisah, tapi Allah lebih menyayanginya.
"Errrrrr.......sabarlah..sabarlah. Suamimu sudah tiada lagi Nafisah. Dia sudah kembali menyahut seruan Ilahi. Allah lebih sayangkan dia....Nafisah, sabarlah." Suara Dr Rudy terketar ketar menyampaikan berita sedih itu. Dia sudah tidak tahu apa yang hendak dia sampaikan lagi pada Nafisah.
Sambil memeluk Dr Rudy, suara tangisan Nafisah teresak esak " Abang Rudy......abang Rudy apa Nafisah nak buat sekarang? Nafisah dah tak ada orang lagi didunia ini. Nafisah dah tak ada tempat bergantung lagi bang. Nafisah keseorangan bang.........Nafisah keseorangan bang." suasana merintih kesedihan kedengaran disekeliling.
Dr Rudy hanya memeluk erat Nafisah yang kesedihan itu. Didalam fikiran ialah ini mungkin satu takdir untuk dia menyambung kasihnya pada Nafisah. Mungkin Tuhan sudah kabulkan doanya selama ini menemukan wanita solehah? Mungkin kesetiaannya dan kesuciaan cintanya menanti kekasihnya yang telah lama pergi meninggakannya kembali kepangkuannya?
Wajarkah dia memetik kembali bunga yang pernah bertamu dilaman hidupnya dulu? Adakah ini seolah olah kisah cinta Zulaika dengan Nabi Yusuf yang akhirnya cinta mereka berdua bertaut jua?
Adakah ini dinamakan kesucian cinta abadiku?
Persoalan demi persolan bermain di fikiran Dr Rudy. Suasana dibilik itu dingin yang hanya kedengaran adalah tangisan seorang wanita yang kehilangan suaminya. TAMAT.........
Posted at 04:41 pm by repen
 |  |  | Name April 11, 2008 10:10 AM PDT
sdplh utk di bca |  |
  |  |  | Bedava January 14, 2007 03:18 PM PST
salam. Terimakasih Wardah. Jangan memuji terlalu sangat.Cerpen yang menarik, terdapat pengajaran yang baik untuk menjadi tauldan kepada umat islam yang lain.. |  |
  |  |  | anyss September 28, 2006 02:24 PM PDT
jalan cerita ini memang best,tersentuh hati saya membacanya.........tapi kenapa matikan watak hussin ? |  |
  |  |  | Slamat P. Sinambela March 29, 2006 11:07 PM PST
I've seen your short story, eventhough some words lost in my malay understanding, but your story is good!
I'm an Indonesian, also a short-story-writer. If you don't mind coming to my site above, it'll be a pleasure! |  |
  |  |  | mie March 15, 2006 06:02 PM PST
saya suka cerpen ini menarik... |  |
  |  |  | man February 27, 2006 09:54 AM PST
askum...
repen ada tak cerpin yang berkisarkan cinta yang tak kesampaian.......
tapi mmg ada uph...la ...cerpin repen.. |  |
  |  |  | jaja November 12, 2005 11:19 AM PST
ini kali pertama jaja bca cerpen org singapura,best gak cite dia.tahnian la yee Repen |  |
  |  |  | ZU August 21, 2005 10:34 PM PDT
Tsk, tsk, tsk cerita yang sungguh sedih n baik ....... ini agaknya dikatakan cinta sejati ...... |  |
  |  |  | cun August 1, 2005 02:47 PM PDT
Cun rasa cerita Repen semuanya best best. Cun suka cerita Repen. Keep it up baby. |  |
  |  |  | Repen July 30, 2005 01:56 PM PDT
Terimakasih Gee, kerana beri sokongan moral pada Repen. Saya akan cuba buahkan cerpen seberapa yang boleh. Sabar menanti. |  |
  |  |  | gee July 28, 2005 09:52 AM PDT
hi Repen, meet u again! lama juga gee tunggu cerpen terbaru repen, akhirnye tercapai jua.
Repen cerpen2 u kan kalau di lakonkan/filem kan, i'm sure u r going to be the next 6-million dollar man.
Congrats, can't wait to read yr next cerpen! |  |
  |  |  | Sofia July 27, 2005 08:33 PM PDT
Masih adakah cinta sejati di zamanni? Bila Sofia baca CERPEN CERPEN TERBAIK REPEN, terkenang pula zaman -zaman 6 puluhan dimana kisah2 cinta sejati kerap berlaku pada remaja2 di zaman itu.
Syabas! Tulisan yang memberi kesan syhadu kepada pembaca. |  |
  |  |  | Repen July 25, 2005 10:10 PM PDT
Terimakasih Wardah. Jangan memuji terlalu sangat. Longgar seluar Repen dibuatnya. Repen cuma memberi kepuasan kepada pembaca saja. Lagipun Repen cuba sedaya upaya menghasilkan CERPEN CERPEN YANG TERBAIK untuk santapan para para pembaca. Itu saja. Terimakasih sekali lagi buat Wardah. |  |
  |  |  | Wardah July 25, 2005 08:00 PM PDT
Uh..... sedihnya cerpin nie.... Inilah yang dikatakan cinta sejati...
Cerpen yang menarik, terdapat pengajaran yang baik untuk menjadi tauldan kepada umat islam yang lain..
Syabas! semoga terus berkarya dengan CERPEN CERPEN TERBAIK yang lain pula.
Wardah sentiasa memberi sokongan kepada penulis penulis yang berbakat seperti Repen.
Semoga menjadi contoh kepada penulis CERPEN MELAYU yang lain. |  |
|
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
NAMAKU REPEN. AKU AKAN MENULIS
CERPEN CERPEN TERBAIK
DARI HASIL KARYAKU
SENDIRI.
AKU TELAH BACA
BANYAK CERPEN CERPEN TERBAIK
DARI KARYA PENULIS TERKENAL. AKU ADALAH PENULIS CERPEN BARU
DALAM DUNIA PENULISAN. AKU PENULIS CERPEN SINGAPURA. AKU PENULIS BEBAS. AKU INGIN
BERKAWAN DENGAN PENULIS TERBAIK DARI
MALAYSIA, INDONESIA, SINGAPURA DAN SELURUH DUNIA.
KEPADA PENULIS PENULIS CERPEN TERBAIK YANG TELAH
MEMBACA KARANGANKU, SUDILAH KIRANYA BERKAWAN DENGANKU. KAJILAH CERPEN CERPEN PILIHANKU, CERPEN CERPEN TERBAIK DAN CERPEN PILIHAN ADALAH YG TERBAIK DI SINGAPURA. CERPEN CERPEN PILIHAN KU ADA YANG BENAR DAN ADA YANG IMAGINASI. TAPI KEBANYAKANNYA ADALAH CERPEN CERPEN BENAR, TERBAIK DAN PILIHAN DARI PENGALAMAN.
Kiblatku RumahAllah Kaabah Kiblatku.....RumahAllah...
Tempat melabuhkan hatiku Tempat menengadahkan tanganku Tempat menyungkurkan dahiku Tempat merendahkan diriku di hadapan-Mu
Kiblatku ... jadikanlah aku sahabatmu, yang suka memakmurkanmu
Agar Allah membuatkan rumah di surga untukku .
QARI MESIR TERKENAL SHEIKH SHAABAN EL SAAYAD
QARI QARI MESIR INSPIRASIKU. AKU TARANUM AL QURAN MEMOHON PADA ALLAH. AKU MEMBACA AL QURAN KEREANA ALLAH. QARI QARI ARAB DAN TIMUR TENGAH KAWAN KAWANKU. TILAWAH AL QURAN TONTONANKU. FIRMAN DAN HADITH KEPALAKU. SUJUD DAN RUKUK MENANGIS KEPADA ALLAH ADALAH HATIKU. PENA DAN KATA KATA ADALAH PERJUANGANKU. SIAPAKAH YANG INGIN BERKAWAN DENGANKU. SUDIDAN SILAKANLAH!!!
CERPEN ABADI SINGAPURA,CERPEN KREATIF SINGAPURA, CERPEN REALITY SINGAPURA, CERPEN FANTASI SINGAPURA, CERPEN IMAJINASI SINGAPURA, CERPEN KOLEKSI SINGAPURA, CERPEN CINTA SUCI SINGAPURA, PUISI CINTA SINGAPURA, PUISI ISLAM SINGAPURA DAN SAJAK SINGAPURA. 
CERITA CERPEN MASAKAN TERBAIK JUGA AKAN AKU SELITKAN DALAM KARANGANKU DAN JUGA CERITA CERPEN MASAKAN TERKINI YANG POPULAR, CERITA CERPEN MASAKAN TRADISIONAL MELAYU SINGAPURA, MASAKAN KUIH MUIH TRADISIONAL MELAYU, MASAKAN TERBARU, MASAKAN ASLI SINGAPURA, MALAYSIA, INDONESIA DAN JUGA AKAN REPEN SELITKAN UNTUK PARA PARA PEMINAT CERITA CERITA CERPEN MASAKAN MASAKAN YANG TERKENAL DAN MASHYUR.
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|
|
 |