Image Hosted by ImageShack.us

PENA TIDAK DAPAT DIPISAHKAN DARI AKU.CERPEN AKAN KU KARANG DISINGAPURA.PUISI INDAH UNTUK MELAYU SINGAPURA.CERPEN TAULADAN UNTUK SASTERAWANKU. PUISI ISLAM UNTUK BANSAKU.WAHAI AHLI SASTERAWAN MELAYU SINGAPURA,WAHAI PENULIS KARYAWAN JANGAN SEGAN DAN RAGU UNTUK KRITIK CERPEN DAN PUISI YANG AKU TULIS. AKU TERIMA ULASAN KRITIK AHLI SASTERAWAN MELAYU SINGAPURA. IKUTILAH KARANGANKU....!!!



Monday, February 06, 2006
Puisi Singapura Salam Maal Hijrah 1427

Sudah begitu lama sekali Repen tidak update. Maaf untuk semua peminatku yang ternanti nanti hasil karyaku. Disini Repen hendak ucapkan Selamat menyambut Maal Hijrah Awal Muharram untuk semua peminatku. Marilah kita sama sama berdoa pada Allah Subhanawataalla pada tahun baru Islam ini supaya segala usaha dan perjuangan kita diberkati oleh Allah. Seperti dalam firman Allah yang bermaksud:

 " Dan apabila hamba-hamba-Ku menanyakan kamu mengenai Aku, Aku lebih dekat untuk menyahut seruan orang yang menyeru apabila dia berseru kepada-Ku; maka hendaklah mereka menyahuti Aku, dan hendaklah mereka mempercayai Aku supaya mereka menjadi benar."(Surah Al Baqarah Ayat 186).

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


Posted at 10:20 pm by repen
Comment (1)  




Tuesday, October 25, 2005
PUISI SINGAPURA: KEKASIHKU YANG PERGI DI LEBARAN


 



Kekasihku yang telah lama pergi.
Kau pergi dibulan lebaran.
Kenangan ku bersama mu meninggalkan sesuatu yang megasyikkan.
Membuat ku seolah olah kau berada didepan ku.

Tanpa memikirkan rintangan yang datang,
aku menunggu harapan bersama mu disana.

Kekasihku yang telah lama pergi.
Aku pasrah.....adakah ini percintaan kita yang kekal?
Namun aku tetap mengingatimu disana.
Biarpun kau pergi tanpa kerelaan, percintaan ku bersammu kekal abadi. 
Cuma bingkisan yang terkubur dalam ingatanku.


Bagaimanakah kau disana?
Adakah perasaan kau juga seperti ku disini?

Imbasan wajah senyumanmu membuat ku bertambah rindu pada mu.
Sesekali terdengar bisikan hatiku menjerit kesepian.
Malamku ditempasi ombak keresahan,
Begitu juga renjisan airmataku mengenangkan mu kesedihan.

Hari lebaran semakin tiba.
Semakin kerinduan sebak didada.
Ku pohon pada illahi, agar rohmu diredai.
Wahai kekasihku, kau tunggu kedatanganku di pintu syurga.
Salam teramat rindu dariku untukmu.....sayang.








Posted at 02:24 pm by repen
Comments (11)  




Monday, October 03, 2005
PUISI SINGAPURA: KERINDUAN MENANTI




Aku mememdam kerinduaan  bersarang di dada
Berjauhan hatiku mencari  ikatan rasa
Mungkinkah aku  temukan jawaban yang sejujurnya?

Dimanakah di kau wahai kekasiku pujaan rasa.

Sememang aku  menyayangi kau pada apa dasarnya kau
Namun kata kataku  bukanlah bayu  yang melenakanmu
Daun kerinduanku meliuk terkulai dihujung dahan kesabaranku

Menyayangimu adalah perlu disanubariku

Setiap kali aku menebar kemesraan padamu
Membuat jiwaku sentiasa resah lagi gelisa
Begitu lelahnya aku  menahan luka dan duka
Dalam diam diam, aku hanya  memendam rasa

Kerinduan  bagiku begitu indah bercahaya
Kadangkala ia  amat menyakitkan jiwaku

Bagaikan sebuah kristal berderai berjatuhan

Sebak didadaku belum lagi terubat

Begitu satu kesetiaan yang ku cari
Disaat aku berjauhan dalam sepi mengunci diriku
Begitu kerinduan membara api
Kenapa  wajahmu  enggan muncul dalam mimpiku?


Begitu sepinya aku rasa kau tiada

Hanya detik waktu menjadi pertemuan kita
Menangis aku sendiri dalam kerinduaan kian terasa
Aku menunggu kesabaran demi kerinduaan sanubari kita.







Posted at 03:06 pm by repen
Comments (4)  




Wednesday, August 31, 2005
PUISI SINGAPURA: HARAPANKU





Sememangnya aku diwujudkan didunia ini hanya untuk mencintaiMu.
Atau mungkin untuk mengecewakan insan yang menyayangiku.
Aku tahu mencintai insan tiada kekal yang aku harus lalui onak dan duri.
Tetapi menyayangiMu itu lebih leluhur lagi tenang.


Aku lebih rela menjadi kekasiMu dari kekasih insan yang durjana.
Bersama insan onak dan duri seperti sungai yang mengalir tiada putus putus datangnya.
Wahai insan aku harap kau mengerti hakikat ini.
Tiada aku dijadikan hanya untuk menyayangiMu Tuhanku.
Itulah saja harapanku didunia yang fana ini.







Posted at 10:47 pm by repen
Comment (1)  




Monday, July 25, 2005
CERPEN SINGAPURA:KESUCIAN CINTA ABADI




Masih teringat lagi peristiwa yang membuat hati Rudy berderai ditinggalkan oleh kekasihnya, Natasha 10 tahun yang lalu. Percintaan mereka yang disemai sejak dibangku sekolah hingga ke Universiti amatlah intim sekali.

Nostalgia semalam tika kehangatan cinta Rudy bertautan tangan dengan Natasha sambil bermadu kasih di tepian pantai East Coast bagai menerpa di ruang matanya. Maka tersingkaplah persis sebuah tayangan yang tersusun bersama plot plot rakaman memori indah itu. Seperti sebuah drama berat dan Rudy masih ingat bagaimana cinta sejati lagi abadi itu akhirnya bersemadi dengan rendaman airmata insan yang bernama Natasha.

Kata kata Natasha yang tajam itu menusuk kekalbu hati Rudy hingga tidak percaya akan Rudy degan ucapan ucapan yang pedih itu.

"Ya!!!...I rasa I dah pilih yang terbaik untuk diri I. Youuu....Rudy mesti ikut cakap I. Tak kan I nak gadaikan agama I kerana you...Rudy?" begitu lantang sekali suara Natasha.
"Habis, macam mana dengan cinta kita? Demi cinta kita Natasha.......you mesti peluk Islam." Rudy seolah olah merayu kepada Natasha jangan berdegil dengan pendiriannya.

Rudy kelu. Natasha membisu. Tiada bicara yang mampu mengisi ruang itu sehingga bayu pantai East Coast menyapa muka masing masing. Lembut dan hening.

"Kenapa you hendak sangat I peluk Islam nii...?"
"Demi cinta kita Sha.....demi cinta kita Sha. I harap harap you sudi memeluk Islam supaya cinta kita boleh ditautkan dengan ikatan perkahwinan yang sah." jelas Rudy pada Natasha.

"Mengapa tidak saja you yang buktikan kesetiaan cinta kita? "Maksud you???" Soalan Rudy begitu ragu sekali. " You ikut saja agama I, agama Kristian I. Kan habis cerita." Rudy tercenggang dengan kata kata Natasha. Gadis Katholik Kritian itu seakan akan memaksa Rudy gadaikan agamanya demi kerana cinta.

Natasha hanya tersenyun sinis. Rudy dihambat kegelisahan kemudian menggeleng geleng kepalanya tanda menidakkan cadangan Natasha itu. Serentak itu airmuka Natasha berubah. Rudy menyaksikan airmata Natasha berlinangan yang akhirnya mengalir lesu. Rudy amat bersimpati dengan keadaan Natasha ketika itu.

Namun simpati itu hanya sekadar lakonan saja buat diri Rudy. Yang paling penting ialah untuk memegang teguh dengan keimanan demi untuk memelihara agamanya. Rudy tidak sanggup mengadai agamanya semata mata kerana cinta.

"Memang I cintakan you Tasha.........Yaaaaaa!!!... memang I cintakan you. Tapi I tak sanggup untuk gadaikan agama demi hanya untuk memiliki you...Tasha. Bukan begitu. I punya prinsip Tasha." Rudy bersuara dengan nada yang lunak supaya difahami oleh kekasih yang amat dicintai itu.

"Habis maksud you...I ni tiada nilailah disisi you? Jadi cinta kita yang selama ini kita semai bersama
tiada nilai? Begitu maksud you?" Bentak Natasha meningkah."Kalau begitu kita harus berpisah!!!" Natasha membuat kesimpulannya sendiri. Dia jadi tidak keruan. Dengan berlinangan airmata bercucuran, dia berlari meninggalkan Rudy sendirian dipantai itu. Bayu East Coast terus menyapa tubuh Rudy tiada terhenti. Nyaman mengigit gigit.

Rudy terkasima. Dia terdiam kelat. Tiada hujah hujah yang mampu untuk Rudy huraikan. Demi untuk dia mengatakan murtad dari agama Islam jauh sekali. Hatinya terus dirundung keliru untuk mengatakan penderiannya yang telah lama terpahat kukuh. Dia rasa tidak perlu untuknya mengalah pada gadis yang dicintainya itu. Rayuan Natasha semata mata untuk memerangkapnya. Namun prinsip hidup tetap dengan prinsip hidupnya. Tapi........Bagaimana harus dia pujuk Natasha sedangkan dia sendiri cetek pengatahuan tentang Islam itu sendiri. Yang hanya dia tahu ialah untuk berkahwin dengan gadis yang bukan Islam seperti Natasha, wajib untuk dia memeluk agama Islam.

Rudy begitu kecewa dengan sikap Natasha yang tidak sanggup menerima hakikat yang sebenar. Rudy cuba menghubungi Natasha untuk menghuraikan masaalah mereka. Tetapi terbukti gagal kerana dengar berita dari sahabat karibnya Agnes yang Natasha sekeluarga sudah berangkat ke Dubai dan menuntut disana.

Tinggallah Rudy keseorangan dalam kekosongan jiwa yang putus cinta yang tak terhurai. Rudy telah membuat kesimpulan diantara cinta dia dan Natasha telah terkubur, walaupun nisannya tidak pernah wujud. Meskipun Rudy bukan seorang yang alim beragama, namun untuk menggadaikan prinsip demi cinta, Rudy tidak sanggup. Keputusan itulah membuat dia ditinggalkan Natasha.

Kadang kala Rudy diusik rasa bersalah. Tetapi usikkan itu cuma sekadar sebuah citra yang akhirnya dia bunuh dari bertamu digarisan hayat. Tiada berita lagi tentang Natasha didalam fikirannya. Dia harus teruskan hidupnya dengan menuntut di Univesity dalam bidang kedoktoran hinggalah  dia berjaya mencapai cita citanya sebagai seorang doktor.

Hingga kehari ini, nama Rudy begitu terkenal sekali sebagai doktor barah dihospital besar Singapura. Walaupun namanya sudah terkenal dan mempunyai kedudukan yang stabil, Rudy tetap keseorangan tanpa kekasih. Tiada pengganti selepas Natasha dihatinya. Natashalah kekasih pujaan hatinya yang awal dan akhir. Malah dia sanggup membujang hingga keakhir hayat menunggu kedatangan Natasha.

Pada satu hari dihospital besar Singapura, sedang Rudy jalani tugas hariannya, tiba tiba dia disapa oleh suara seorang gadis dibelakangnya.

"Assalammualaikum Dr Rudy. Apa khabar?" kedengaran suara manis lagi ayu dibelakangnya. Rudy pun menoleh kebelakang dan tercegat seorang wanita yang berjubah hitam berkacamata dan seorang lelaki berkot hitam dan berjanggut berdiri sambil tersenyum kepada Rudy. Dia agak tersentak melihat wanita itu. Seakan akan mengingatkannya kekasih lamanya Natasha. Mukanya mirip Natasha tapi mana mungkin Natasha sudah berubah. Mungkin tidak.

"Waalaikumsalam........khabar baik" jawab Rudy dengan hormatnya. Tidak berkelip mata Dr Rudy memandang wanita yang berjubah hitam itu. Jantungnya berdenyut dengan kuatnya. Seolah olah dia merasa gementar.

"Saya memperkenalkan diri saya....nama saya Nafisah dan ini suami saya Hussin. Saya dengar doktor adalah seorang pakar dalam bidang penyakit barah. Waahh.....nama Dr Rudy memang terkenal hingga ke Dubai. Masyaallah........Syukuranjaziran." Sambil membuka kacamata hitamnya. Nafisah tersenyum manis kepada bekas kekasihnya yang telah dia tinggalkan 10 tahun yang lalu.

"Kau!!!......Natasha? Dr Rudy terperanjat dan terpegun dengan wanita didepannya. Seolah olah dia tidak percaya akan Natasha boleh berubah. Boleh berubah menjadi seorang muslimah. Dia begitu kagum dan anggun akan berubahan diri bekas kekasihnya.

"Yaaa....sayalah Natasha. Tapi nama saya bukanlah Natasha. Nama itu sudah lama terkubur. Nama Islam saya ialah Nafisah bte Abdullah. Kenapa....Rudy hairan dengan perubahan saya? Wanita yang berjubah hitam itu akhirnya memperkenalkan kepada bekas kekasihnya Rudy siapa dirinya sebenar.

Rudy dengan segera menjemput Nafisah dan suaminya Hussin kepejabatnya untuk rundingan selanjutnya. Setiba saja dipejabat Rudy, Nafisah menerangkan keadaan yang sebenar dan hajatnya menemui Rudy. Sebenarnya suami Nafisah, Hussin dihinggap sejenis penyakit barah yang doktor di Dubai tidak tahu apakah puncanya. Maka Hussin dirujukkan oleh doktor doktor disana ke Singapura untuk pemeriksaan selanjutnya. Kebetulan pakar doktor barah itu ialah Dr Rudy sendiri. Memang dinanti nantikan Nafisah untuk bertemu dengan bekas kekasihnya yang sekian lama ditinggakkan. Bukan itu saja, malah Nafisah ingin membuktikan kepada Rudy yang dia telah berubah sekali.

Hussin suaminya Nafisah duarahkan oleh Dr Rudy ke bilik pemeriksaan darah. Sementara itu Nafisah dan Dr Rudy masih dipejabatnya. Perbualan antara mereka berdua masih belum berakhir. Seperti banyak perkara yang ingin Dr Rudy perbualkan.

"Sepuluh tahun Rudy......bukanlah suatu jangka masa yang panjang. Barangkali buat kau begitu lama sekali. Tapi untuk aku......mungkin tidak. Aku masih ingat lagi peristiwa aku tinggalkan kau Rudy. Aku masih ingat sekali. Seolah olah ia baru berlaku semalam." Kelihatan air mata berlinangan hingga mencecah dipipi Nafisah.

"Tapi macam macam boleh berlaku dalam tempoh seperti itu....Rudy. Lagikan pantai berubah walau sekali air bah, inikan pula manusia seperti kita." ujar Nafisah berkias dengan Rudy. Bahasanya meruntun tirai keegoan Rudy. Dia hanya mendengar kata kata manis dari Nafisah.

"Yaaaa......mungkin kau tidak sangka kenapa aku boleh jadi begini kan? Mungkin kau akan tertanya tanya kenapa aku sanggup membuang agamaku dan keluargaku kan? "Tentu kau masih ingat bukan akan prinsip kau Rudy?" Aku kagum dengan prinsip kau Rudy yang tidak mahu mengadaikan agama Islam kau semata mata kerana cinta kepada seorang gadis Kristian seperti aku. Kau masih ingat bukan? Soal Nafisah begitu menduga.

Nafisah bersuara lagi." Sejak perpisahan itu, kau tahu tak Rudy? Aku mula belajar tentang Islam. Aku memperdalami agamamu Rudy. Aku tertarik dengan keistimewaan agama Islam sehingga aku dengan rela dan ikhlas memeluk agama Islam tanpa paksaan. Barulah aku sedar mengapa kau tidak sanggup mengadaikan agamamu kerana cinta. Jika dinilaikan sebuah cinta dengan agamamu....Masyaallah begitu jauh sekali jaraknya. Rupa rupanya Islam itu adalah agama yang indah sekali. Betapa indahnya Islam."

Dr Rudy terkelu dengan kata kata Nafisah. Dia merasakan seperti seketul batu besar menghempap dikepalanya. Kedengaran nafasnya mengeluh panjang. Tiada kalimah yang wajar untuk dia lafazkan kepada Nafisah. Tidak sangka Nafisah boleh berubah dalam jangka masa sepuloh tahun. Tapi apahal dengan dirinya? Dunianya hanya membuat kajian kedoktoran saja. Untuk memperdalamkan agamanya sendiri, dia amatlah kekurangan. Dia malu dengan Nafisah. Malu sekali akan kekurangannya yang selalu mempertikaikan soal prinsip.

Dr Rudy sangat malu kepada suami Nafisah. Melalui Hussin lah Nafisah berubah dan berminat ghairah dengan Islam. Hingga Nafisah memeluk Islam dan berkahwin dengan Hussin. Mengapa dia tidak seperti Hussin yang berjaya membimbing Nafisah kearah hidayah Ilahi? Mengapa.....Mengapa? Dr Rudy sendiri gugup untuk menjawab persoalan itu. Biarlah ianya menyepi sendirian.

Perbualan mereka berakhir begitu saja kerana Dr Rudy dipanggil kebilik pemerisaan darah dengan segera. Hussin yang baru menjalani pemerisaan darah rebah dengan tiba tiba dan dalam keadaan coma. Nafisah panik mendengar berita suaminya yang baru tadi kelihatan sihat . Mereka berdua bergegas kebilik pemerisaan darah. Sampai sahaja disitu, Nafisah diarahkan oleh Dr Rudy supaya tunggu saja diluar sementara dia masuk kebilik pemeriksaan darah.

Jantung Nafisah berdenyut kuatnya. Dia berasa cemas dan gelisah. Sambil memegang bimbit telephonenya, dia membuat panggilan luar negeri untuk menghubungi ahli keluaga Hussin. Keadaannya tidak tentu arah berjalan kekiri kekanan hadapan dan belakang memikirkan keadaan suaminya.

"Mana Dr Rudy ni.....? Kenapa lambat? Berbagai bagai persoalan yang bermain difikiran Nafisah. Dia sudah tidak sabar lagi. Seolah olah dia mahu merempuh saja pintu bilik pemerisaan itu. Tapi dengan berbekalkan iman, dia banyak banyak berzikru menyebut nama Allah Subhanallah. Dia hanya berserah kepada Tuhan Yang Maha Esa. Teringat dia akan firman Allah yang bermaksud:

"Tiap tiap diri(yang berjiwa)mesti merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Barang siapa yang terjatuh dari neraka dan dimasukkan kedalam surga, sesungguhnya menanglah ia. Tiadalah hidup didunia ini, melainkan kesenangan yang memperdayakan." (Surah Al Imran 3 Ayat:185).

Tenang sedikit hati Nafisah apabila dia teringat firman Allah itu. Keresahan dan kegelisahan yang dialami reda sebentar. Dia harus menunggu dan terus menunggu.

Sudah hampir satu setengah jam berlalu, masih tidak muncul Dr Rudy. Apa yang berlaku didalam bilik itu adalah diluar minda Nafiah. Yang perlu ialah dia harus berserah kepada Tuhan Yang Maha Kuasa. Sedang fikirannya mengelamun berzikru, tiba tiba bahunya ditepuk oleh Dr Rudy.

"Macam mana dengan Hussin....Rudy? Soalan itu bertalu talu keluar dari mulut Nafisah. Dr Rudy terdiam. Tidak tahu bagaimana hendak memberitahu kepada Nafisah yang suaminya Hussin sudah tidak ada lagi didunia ini. Dia sudah kembali kerahmatullah. Dr Rudy tidak tahu bagaimana untuk menerangkan yang dia sudah berusaha sedaya paya untuk menyelamatkan suami Nafisah, tapi Allah lebih menyayanginya.

"Errrrrr.......sabarlah..sabarlah. Suamimu sudah tiada lagi Nafisah. Dia sudah kembali menyahut seruan Ilahi. Allah lebih sayangkan dia....Nafisah, sabarlah." Suara Dr Rudy terketar ketar menyampaikan berita sedih itu. Dia sudah tidak tahu apa yang hendak dia sampaikan lagi pada Nafisah.

Sambil memeluk Dr Rudy, suara tangisan Nafisah teresak esak " Abang Rudy......abang Rudy apa Nafisah nak buat sekarang? Nafisah dah tak ada orang lagi didunia ini. Nafisah dah tak ada tempat bergantung lagi bang. Nafisah keseorangan bang.........Nafisah keseorangan bang." suasana merintih kesedihan kedengaran disekeliling.

Dr Rudy hanya memeluk erat Nafisah yang kesedihan itu. Didalam fikiran ialah ini mungkin satu takdir untuk dia menyambung kasihnya pada Nafisah. Mungkin Tuhan sudah kabulkan doanya selama ini menemukan wanita solehah? Mungkin kesetiaannya dan kesuciaan cintanya menanti kekasihnya yang telah lama pergi meninggakannya kembali kepangkuannya? 

Wajarkah dia memetik kembali bunga yang pernah bertamu dilaman hidupnya dulu? Adakah ini seolah olah kisah cinta Zulaika dengan Nabi Yusuf yang akhirnya cinta mereka berdua bertaut jua?
Adakah ini dinamakan kesucian cinta abadiku?
Persoalan demi persolan bermain di fikiran Dr Rudy. Suasana dibilik itu dingin yang hanya kedengaran adalah tangisan seorang wanita yang kehilangan suaminya. TAMAT.........


Posted at 04:41 pm by repen
Comments (14)  




Friday, July 01, 2005
CERPEN SEDIH TERBAIK SINGAPURA : HAJAT TIDAK KESAMPAIAN

Image hosted by Photobucket.com 

Setelah punyai rumah besar, jawatan tinggi dan kenderaan, hati Zamil masih belum puas lagi. Zamil dapat rasai yang hidup ini kekosongan kalau tiada anak. Zamil dahagakan zuriatnya sendiri. Setiap kali dia melihat ibubapa memimpin anak anak mereka, teringin dihatinya mempunyai anak yang boleh menghiburkannya.

Sebelum berkahwin dahulu, Zamil adalah seorang pemuda yang hidupnya penuh dengan berpoya poya. Hampir setiap malam, dia akan ziarahi kelab kelab malam di semerata kota metropolitan Singapura untuk melepaskan nafsu buasnya. Minuman arak dan wanita wanita menjadi teman sepanjang malam.

Tapi segala gala berubah setelah dia berumahtangga dengan isterinya Aisyah. Dialah wanita yang terbaik sekali yang pernah Zamil kenali. Sudah 8 tahun mereka berumahtangga. Zamil begitu bahagia dan tenang sekali hidup bersama Aisyah. Zamil dapat rasai, Aisyahlah isteri terbaik yang pernah dia miliki. Namun sekian lama mereka bersama, sehingga saat ini, mereka masih lagi belum dikurniakan zuriat.

Hingga sekarang, Zamil tidak pasti siapakah puncanya sama ada dia atau Aisyah yang mandul. Sudah dia usaha pergi ke doktor memeriksa, tapi nyata mereka berdua diistiharkan sihat belaka. Hairan juga untuk Zamil memikirkan. Zamil selalunya menekankan aspek aspek kesihatan dalam kehidupannya sehari hari. Jadi mana mungkin Zamil mandul?

Zamil sudah mulai rasa bosan dengan kehidupannya yang dia lalui. Ada juga dia merasa malu dengan adik beradinya dan juga iparnya. Yang lebih memalukannya lagi ialah pada ibunya sendiri.

Masih terngiang ngiang perkataan ibunya" Hai....Mil, mak tengok dah lapan tahun kau kawin, kau tak nak anak kee..? Kau mandul kee..? Atau Aisyah yang mandul? Setiap kali dia pulang kerumah ibunya, kedengaran kememelan suara ibunya bak menjadi trauma pada dirinya.

Mulalah fikiran jahat berligar di fikiran Zamil dan timbul hasutan nafsu mula merasuk disegenap dirinya. Perasaan Zamil mula benci kepada Aisyah isterinya. Semua kata katanya yang keluar dari mulutnya menumpahkan muntahan rasa mual. Semakin hari berlalu, semakin dia rasai kebencian membuak buak dalam hatinya.

Zamil mula balik kezaman bujangnya yang hampir tiap tiap malam dia ke kelab malam berpoya poya dengan bermacam macam wanita. Pulangnya mabuk hampir setiap malam. Kini nafsu Zamil beralih kepada seorang gadis kelabmalam yang bernama Rita. Rita sangat pandai dan bijak melayan nafsu Zamil hingga dia berjanji pada Rita segala hartanya dan wangnya akan ditaburkan pada Rita.

"Heii.... kau dengar sini baik baik perempuan. Aku nak kahwin dengan Rita sekarang jugak. Aku dah bosan hidup macam ini. Bosan dengan muka kau yang tak ada anak. Hari hari tengok muka kau boosaaaannn...........!!! Aku nak kau tandatangan borang ini sekarang jugak" suara Zamil begitu lantang sekali sambil mencampakkan borang putih dihadapan Aisyah. Dia tergamam. Dengan perlahan lahan dicapainya borang itu.

"Apa salah Aisyah, bang?" suara Aisyah bergetar getar menahan pilu dengan kata kata kesat Zamil itu.
"Sebab kau mandul....mandul!! Kau tak dapat beri apa yang aku mau!.... Aku nak anak, kau faham tak...?" kedengaran semakin lantang suara siZamil.

"Mungkin kita belum ada rezki lagi, bang....sabarlah. Barangkali dugaan kita bang. Allah mahu menguji kita bang, percayalah bang" Aisyah merayu dengan rayuan pilu pada Zamil.

"Aaahhhh!!.....Aku tak perduli itu semua. Kau tahu tak, dah lapan tahun kita kahwin. Kau suruh aku sabar. Kau gila ke. Sekarang jugak kau tandatangan borang ni.....sekarang jugak!!" desak Zamil berkobar kobar.

"Aisyah tak boleh bang. Kalau dengan orang lain, mungkin Aisyah boleh bang. Tapi kalau dengan siRita tu..... Aisyah tak sanggup hidup bermadu dan berkongsi kasih dengannya bang."

"Kenapa bukan dengan Rita?" tanya Zamil penuh saru. "Kau fikir kau tu baik sangat ke?"

"Okay...baik, kalau kau tak nak tandatangan borang ini..... aku akan ambil jalan mudah. Mulai hari ini, aku ceraikan kau, Aisyah bte Abubakar dengan talak tiga!!!" Bergegar Arasy dilangit ketika mulut Zamil lantang melafazkan kata kata keramat itu. Zamil begitu puas sekali dengan ungkapannya.


Aisyah hanya tergamam kaku. Airmatanya terjurai mengalir laju. Beliau seolah olah tidak percaya akan kata kata suaminya yang tersayang itu. Segala impian mahligai yang dia bina selam lapan tahun lamanya berderai bak kaca jatuh kelantai berkecai. Pulanglah Aisyah balik kepangkuan keluarganya.

Bagi Zamil pula, dia berasa bebas sekarang. Dia boleh buat sesuka hatinya. Dia merasai bahwa dunia ini begitu luas seluasnya. Tiada siapa yang boleh menghalang pergerakannya lagi.

Hubungan Zamil dan Rita semakin hari begitu intim sekali. Nafsu mereka berdua semakin menjadi seumpama suami isteri walaupun mereka belum bernikah. Semenjak perceraiannya dengan Aisyah, hati Zamil sudah tertutup dan tawar sekali dengan ikatan pernikahan. Dia rasai ikatan seperti begitu hanya menyusahkan dirinya. Biarkanlah dirinya begitu dengan tanpa sebarang ikatan. Buat apa menyusahkan diri memikul tanggungjawab, sedangkan apa yang diperlukan boleh diperolehi dengan percuma saja.

Bagi diri Zamil, anak bukan lagi bermain difikirannya. Yang hanya tinggal berpoya poya dengan Rita. Zamil bahgia dengan jalan sesat yang dia pilih itu.

Hampir selama bertahun tahun lamanya Zamil alpa dengan dunianya. Bayangan dan ingatan Aisyah pada dirinya sudah hampir jauh tenggelam. Zamil umpama musafir yang kehilangan arah panduan. Datanglah diingatannya dan nalurinya untuk kembali menyucikan dirinya yang jijik lagi najis untuk kembali kejalan lurus. Keinginannya untuk mengikat Rita dengan ikatan yang sah sebagai isteri ditolak bulat bulat.

"I belum ready nak kahwinla Mil. Buat apa kita kahwin, kan best bebas cam gini"dengan selamba saja Rita mengeluarkan kata kata yang mengguris hati Zamil.

"Lagi pun I nak beritahu you yang I dah ada sugar daddy yang lebih best dari kau Mil. Dia kaya, handsome, macho dan ada kereta besar. Bukan macam kau, asyik asyik naik teksi bosanlah. You pergilah balik dengan bekas isteri kampung you tu. Lagipun, isteri kampong you tu memang secocok dengan you Mil." dengan segera Rita capai beg tangannya hendak meninggalkan tempat itu lalu Zamil genggam lengan Rita dengan pantas menghalang dia pergi dari situ.

Dengan wajah yang marah lagi merah padam Zamil menjawab"Oooo.....lepas harta aku kau habiskan, kau nak tinggalkan aku bulat bulat ajer yeee. Kau ingat kau boleh lepas dari aku Rita. Perempuan macam kau lebih baik mati daripada hidup." terbeliak mata Zamil kemerahan memandang Rita.
 
Rita pun memetik jarinya memberi insyarat kepada bodyguard disitu. Selang beberapa minit, muncul beberapa orang lelaki yang berbadan besar lagi tegap berdiri bersebelahan Rita.

"Ohhooo....panggil bodyguard!! Kau ingat aku takut dengan bodyguard kau tu haa..? Dasar betina jalang, perempuan sundal......" Buk...bedebuk..buk..buk...buk.....!!! Pergaduhan berlaku antara Zamil dan bodyguard bodyguard itu. Zamil rasakan mulutnya begitu pedih dan matanya berpinar pinar. Zamil rasakan tiba tiba dunia ini gelap gelita tanpa cahaya. Dia terlentang dilantai pengsan berlumuran darah dek dibelasahi oleh bodyguard bodyguard Rita. Tiada siapa yang perdulikan Zamil.

Apabila Zamil membuka matanya. Segala galanya putih terang benderang. Tertanya tanya Zamil " Dimanakah aku......? Dimanakah aku........?

"Abang....Abang.....Abang dah sedar? Syukurlah pada Tuhan." Kedengaran suara lembut menegur Zamil dengan perlahan. Rupa rupanya Aisyah yang berada disisi Zamil. Begitu sejuk sekali Zamil melihat wajah bekas isterinya itu. Betapa rindunya Zamil dengan belaiannya.

Tiba tiba suara keluar dari mulut Zamil " Aisyah........ abang rindukan kau Aisyah. Abang dekat mana ni, sayang?" Zamil mengerut gerut dahinya. Dia cuba bangun namu terasa kesakitan diperutnya kuat mencengkam.

"Abang di hospital. Abang pengsan semalam. Luka banyak dikepala dan badan Abang. Ambulance datang angkat abang ke hospital. Nurse yang talipon Aisyah. Mereka kata dalam dompet Abang ada nombor talipon Aisyah." dengan wajah yang lembut, Aisyah terangkan kedudukan perkara yang sebenar.

"Terimakasih Aisyah....... sudi kau jaga Abang yeeer" Zamil cuba mencapai tangan Aisyah, lalu ditepis oleh Aisyah dengan lembut sekali. "Aisyah bukan lagi isteri Abang. Kita bukan muhrim lagi. Aisyah jaga Abang atas dasar keikhlasan hati Aisyah sendiri dan menolong seorang insan yang sangat memerlukan" kata kata lembut yang keluar dari mulut Aisyah membuat hati Zamil tersentuh pilu. Betapa suci lagi leluhurnya hati Aisyah.

"Aisyah..........abang begitu bodoh sekali melepas kau Aisyah. Abang terlalu mengikut perasaan nafsu abang ajer. Abang terburu buru buat keputusan. Aisyah.......berilah abang kesempatan selaki lagi, sayang? Terasa segala perasaan Zamil terhadap Aisyah tiba tiba menjelma kembali. Segala kenangan manis mereka berdua bermain difikiran Zamil. Zamil teramatlah rindu pada bekas isterinya itu.

"Abang.........abang dah lupa ke yang abang telah ceraikan talak tiga terhadap Aisyah? Talak tiga tidak boleh dirujuk lagi bang...." suara Aisyah perlahan sekali. Zamil terpana dengan kata kata itu. Barulah Zamil teringat akan lancangnya mulutnya melafazkan talak tiga. Zamil sungguh menyesal sekali. Talak tiga tidak boleh dirujuk. Kecuali cari cina buta.

"Abang rehatlah. Aisyah nak keluar sekejap. Nanti Aisyah datang lagi" Aisyah dengan tergesa gesa menuju pintu. Suara Zamil tersekat sekat. Dia hanya mamapu melihat bayagan Aisyah hilang dari pandangannya. Airmata Zamil menitis kerinduan.

Timbul keinginan Zamil untuk kembali kepada Aisyah. Tapi apa kan daya, nasi sudah menjadi bubur."Abang nak Aisyah. Abang nak Aisyah kahwin dengan abang." Zamil seolah olah mendesak Aisyah supaya menerimanya kembali.

"Tak boleh.....tak boleh..!!! Abang tak faham ke?"

Aisyah terdiam seketika. Tiba tiba muncul seorang kanak kanak perempuan comel."Mama...Mama..siapa nie?" Wajahnya saling tak tumpah seiras Aisyah. "Aisyah dah kahwin bang. Aisyah bahgia sekali dengan hidup Aisyah sekarang. Aisyah tidak boleh mengecewakan suami Aisyah bang." Terpegun dibuatnya. Wajah Zamil berubah apabila mendengar kata kata Aisyah itu. Tak sangka dia...... Aisyah boleh menghasilkan zuriat, yang mana dulu disangkakan mandul.

"Bang......ini suami Aisyah..Doktor Azman. Kami dah 5 tahun kahwin. Dan ini anak kami Fitri" Tangannya membelai lembut rambut Fitri. Betapa lukanya hati Zamil hancur bederai bak gelas jatuh bederai dilantai. Terlalu pedih untuk Zamil menelannya. Tidak sangka selama ini yang merawat dia adalah suami Aisyah.

"Abang....Aisyah balik dulu. Halalkan makan minum Aisyah selama bersama abang. Aisyah berdoa agar abang bahagia selalu. Zamil hanya menganguk lemah longlai. Wajah Aisyah yang lembut lagi ayu itu ditatap tajam.

"Fitri....mari sini, salam uncle Zamil" Aisyah mencapai tangan kecil Fitri dan menghulurkan pada Zamil. Zamil hanya tersenyum lalu menyambut tangan halus Fitri. Pipi gebunya dicium Zamil. Gadis kecil itu tersenyum. Tanpa disedari, airmata Zamil menitis berlinangan.

"Kalaulah ini anakku.......Aisyah...!!!Abang menyesal lepaskan kau Aisyah...Ooohhh..Aisyah. Hati Zamil menjerit pedih kepiluan. TAMAT.




 

 


Posted at 07:13 pm by repen
Comments (11)  




Friday, April 29, 2005
PUISI TERBAIK SINGAPURA HIDUPKU MENYAYANGI MU TUHAN

Image hosted by Photobucket.com


Belum kehilangan kehausanku

walaupun segelas air sayangku yang kuminum
Terbau aroma kebesaranMu, menyemarak api hatikalbuku
menyayangiMu, dengan bersyair kalamMu,

Aku berhibur bersama Kitab Al QuranMu

Dalam mengingatiMu
teramat rindunya aku
pada detik menyayangiMu

Akan terlukanya aku
andai aku berpaling menyayangiMu

Akan tergurisnya aku

andai aku berjauhan merinduiMu

Aku redha menjadi pengemis
meminta-minta sepanjang hayatku
hanya semata mata untuk menyayangiMu.

Walau apapun aku
dan siapa pun aku

dimana aku ada

Aku tetap menyayangiMu

Aku tahu Kau tidak menganggapku pengemis
Walau seluas lautan permintaanku
Aku tahu Kau tak pernah membenciku
Walau setinggi gunung dosa-dosaku

Aku tahu Kau akan mengampuniku

Tapi hanya tidak menyayangiMu

itulah dosa besarku

yang Kau tidak akan mengampuniku

Semelata aku di dunia fana-Mu.
Berhijrah dari sahara kejahilan
ke belantara ilmu.
Aku sedar Kau masih memandangku
dengan keramahan cinta-Mu menyayangiku
Kau bentangkan seluas benua alam ini, jalan menuju-Mu.
Sedang aku, bebas meneroka mengikut kemampuanku

Hidupku mesti menyayangiMu

Sebagaimana Kau menyayangiku

Ku rasa tak pernah Kau tinggalkan ku sendirian
Yang ku rasa aku selalu tinggalkanMu berjauhan

 

Walaupun aku tersesat dilorong nafsu syaitanku
Kau tetap menyayangiku.
Tak pernah Kau mentertawakanku,

tak pernah Kau mengejekkanku.

Betapa mulianya Kau terhadapku.

Mengapa aku tidak menyayangiMu

Sebagaimana Kau menyayangiku?

Celakalah aku


Tatkala aku menangis menitis airmataku

menyayangiMu
Kau suka mendengarkan
sedu-sedanku dalam menyairkan kalam kalamMu
Setiap titisan airmataku menyayangiMu
yang tertumpah dari kolam mataku,
adalah pencuci lumpur noda hatikalbuku


Karena aku menyayangiMu

Kerinduanku mengharapkan keredaanMu
Menatapkan KitabMu Al Quran, bertaranumkan kalamMu,
ku pasti syugaMu dibuka, dari setiap penjuru hanya untukku

Duhai, mengapa mataku

Fikiranku, hatiku sering terpukau dengan keistimewaan kalam kalamMu

Keindahan fatamorganaMu
Sehingga aku terus menerus menyayangiMu

Duhai, gimana mungkin

Hidupku mesti menyayangiMu

Tiada diberi pilihan hanya untuk merinduiMU
Karena, dahagaku menyayangiMU

Bagaikan  seorang anak kecil rindukan kasih sayang ibu
Rakus, aku nikmati kelazatan senandung kalamMu
hanyut, dalam tafakurku
tenggelam, dalam dekap malam-Mu

Karena aku rindu, kasih dan sayang  padaMu
memaknai, erti kesetiaan waktu
menyendirikan diriku.

Senantiasa menyayangiMu

Aku perlu menyayangiMu selalu.


Posted at 10:04 pm by repen
Comments (11)  




Tuesday, April 19, 2005
CERPEN TERBAIK SINGAPURA PERJUAGAN TITISAN TERAKHIR



Sudah begitu lama sekali Budiman memeranginya. Dia tetap gagah dan perkasa dengan identitinya. seperti Laksamana Hang Tuah. Setiap hari setiap detik, Budiman memikirkan bagaimana dia boleh menewaskannya.  Hati ini berkata kata di benak sanubari Budiman Ianya sesuatu yang menyakitkan seluruh jiwa dan raganya.

 

 

Perkara ini memang benar. Budiman pernah merasainya suatu masa lalu sekarang dan akan datang. Dan perasaan itu menghantuk tirai rasa hingga kesaat ini. Bermula kala  dipisahkan oleh sebuah ketentuan. Meski ia tidak betah untuk berulang kembali, namun ingatan itu terpaksa Budiman sematkan di saku ingatannya.

 

 

Budiman masih teringat akan kegagahan dia dengan bentuk wajahnya  tersergam macam gunung berapi yang tiba tiba meletup dan memuntahkan belerangnya. Semarak wajah patriotnya bergelodak berapi rapi memeperjuangkan hak asasinya. Jikalau Budiaman menyekat dan membentangi dia juga dalam apa kaedah sekali pun, dia akan menjerit sekuat kuat hatinya dan meraung sekuat tenaganya. Sehingga di daerah penjajahannya semuanya gementar gelisah dek amukannnya.

 

 


Pedangnya memang tidak mengenal nama-nama mangsa. Pabila dia menghayungkan pedangnya, setiap pelusuk dikanan dan kirinya, tanpa menghitung tua, atau muda dari kalangan lelaki durjana tentera musuh pasti akan dia penggal setiap yang mampir ke arahnya. Selalunya dia yang mara ke arah mereka melancar serangan bertubi tubi bersama perajurit perajuritnya.

 

 

Tiada polis yang akan menangkap dia kerana membunuh sebanyak mana pun. Tiada mahkamah yang bisa mendakwanya. Tiada undang-undang yang boleh menyekat kemarahannya. Dia terpaksa bermimpi untuk terus hidup dan menang. Justeru untuk tujuan itu, dia perlu terus memperjuangkan hak asasinya, memang itu fitrahnya.

 

Pernah juga Budiman menulis surat kepadanya supaya mereka berdua berdamai sahaja. Usah berperang dan bermusuh berpanjangan. Balik kepangkal jalan, jalan yang lurus yang berpegangkan firman dan hadith. Seperti dalam firman Allah bermaksud:

 

“ Wahai manusia, satu bukti telah datang kepada kamu daripada Pemelihara kamu, dan Kami menurunkan kepada kamu satu cahaya (al-Qur'an) yang terang.Maka orang-orang yang percaya kepada Allah, dan berpegang teguh kepada-Nya, sungguh, Dia akan memasukkan mereka ke dalam pengasihan daripada-Nya, dan pemberian, dan memberi mereka petunjuk kepada-Nya di jalan lurus.(Surah An Nisaak 4 Ayat:174&175)

 

Satu perundingan telah berlaku diantara Budiman dan dia. Budiman  mengajaknya bersama sama memperhambakan diri kepada Allah Yang Maha Esa. Ketika itu hanya Budiman dan Dia saja berada didalam bilik. Budiman ajak Dia berdamai dengan bersama sama membaca TARANUM AL QURAN supaya dapat menghayati isi kandungan Kitab Suci AL QURAN itu. Bersama sama dapat melembutkan hati dan jiwa pabila mendendangkan SENI LAGU TARANUM AL QURAN. Budiman nasihatkanya supaya bersabar dan bekerjasama. Dia hanya berdiam sahaja Sedang Budiman asyik BERTARANUM AL QURAN,  tiba tiba dia telah berubah fikiran. Dia tidak berganjak. Tetap dengan penderiannya yang angkuh itu. Budiman dapat rasakan bahang kemarahannya.

 

 

“Kenapa dengan kau? Aku hanya mahu berunding dengan kau. Dah lama kita bermusahan. Dan banyak nyawa nyawa terkorban dek kemarahanmu Sudahlah!!!..” Budiman memohon pada dia dengan penuh harapan.

 

 

“Aaahhhhh…sudahlah Man. Kau jangan nak pujuk pujuk aku. Kau jangan nak bersandiwara dengan aku. Apa pun kau cakap. Aku tetap begini. Aku akan kuasai kau Man. Aku akan kuasai fisikal mental dan segala urat saraf yang ada pada kau Man. Jaga kau Mannnn………Aaahhhhhhhhh” dia mengamuk hantu. Dia sudah menggila dan menerjah untuk keluar juga.

 

 

Budiman cuba menahannya. Budiman cuba menentang dia agar jangan cuba minta permisi ketika itu. Tapi, dengan perkasaaan macam Badang dalam CERPEN TERBAIK si Badang, dia terus juga mengamuk, menendang dinding dinding, menerjah salur nadi sehingga melarat melonjakkan diri Budiman. Bergelombang bagaikan berada ditengah tengah samudera yang maha luas tidak bertepi.

 

 

Dengan ilmu yang ada didada dan dengan jampi jampi mentera yang sukar difahami , dia hembuskan jampi jampi mentera Mat Kilau kearah Budiman meresap memasuki saluran saluran pernafasan dan merayap naik kedalam otak yang bersarang dikepala Budiman. Dan disitu menimbulkan bebagai bagai konflik yang sukar dikawal oleh Budiman. Budiman terkaku dan kedua biji bola matanya melilau lilau dan gegendang telingganya pun berdesing tidak tentu pangkal dan hujungnya.

 

 

“Ingat Man!!!. Aku beri kau amaran terakhir. Jangan kau sekali kali pujuk aku untuk berdamai. Aku tetap aku. Kau tak boleh ubah aku Man dan kau tak boleh lawan aku Man. Aku boleh bunuh kau Man. Sekarang …sekarang jugak. Tapi aku tak mau. Biarlaa kita begini sampai akhir hayat kau. Ingatttt….Man, Darah Badang, Hang Tuah, Jebat, Tok Janggut, Mat Kilau ada pada ku Man. Alang alang mandi biar basah, alang alang menyeluk perkasam biar sampai lengan. Pergi tuntut lagi Man. Pergi tuntut lagi Man. Aku akan datang lagi menyerang mu Man. Menyerang mu Man Hahahhahahaahahahahha……….”  Suara  orang mengilai keluar dari bilik itu. Itulah kata kata terakhir yang Budiman dengar daripada Dia yang menghilang dari bilik itu merayau mengikut nafsunya bersama sama perajuritnya. Dengan kesaktiannya, dia menjangkau awan dilangit yang biru bersama sama perajuritnya meninggalkan Budiman kaku keseorangan mengenang nasib.

 

 

 

Habis segala impian Budiman mengajak Dia memperhambakkan diri pada Tuhan Yang Maha Esa. Segala rancangannya yang bertahun tahun dimusnahkan oleh Dia.  Budiman tidak putus asa. Dia tahu kelemahannya terletak dimana. Dia harus menuntut ilmu lebih mendalam untuk menentang sikeparat itu. Budiman harus berjaga jaga akan kehadiran dia.

 

 

Susah untuk Budiman hendak meramal kedatangannya yang sudah berpuloh puloh tahun Budiman memerangi Dia. Sudah hampir enam puloh lima tahun lamanya Budiman hidup memeranginya. Dengan semangat kental yang ada didada, Budiman tetap dengan perjuagannya menentang Dia.

 

 

Ia agak rumit dan sulit untuk Budiman memahami kesaktiaan Dia yang sering berubah ubah. Strategi srategi dia pun agak berbeza beza mengikut kedudukan medan peperangan. Kadangkala strateginya songsang dan didalam kesepian dia bersama sama perajuritnya sering menjerit jerit didalam malam yang kesepian.

 

 

Pernah ketika dalam usia tiga puloh lima tahun, ketika Budiman bersama isteri serta mertuanya bersantap makan malam hidangan MASAKAN TERBAIK dan teristimewa isterinya SOUP IKAN KRACI yang serba lazat itu. Ketika Budiman sedang membonkok condong dan mengangkat sedikit tubuhnya,  tiba tiba dia menjelma dengan terkejut tanpa insyarat.

Dengan secara spontan, Dia mengeluarkan pedang saktinya “ Syrriiiiiinnngg…” ternampak sinaran kilauwan pedang Dia dan kepulan asap asap disebalik sinaran itu merayau merayap keseluruh tubuh isteri dan mertua Budiman hingga merah padam menahan kesakitan dan penderitaan yang dialami mereka. Walaupun kepulan asap asap dan bauwan racun mencengkam sepeti racun serbuk Astrax, ia tidak membunuh mereka, Budiaman hanya dapat memerhatikan betapa azabnya penderitaan isteri serta kedua mertuanya.

 

 

Isterinya terbeliak matanya dengan muka merah padam melaung “Tolong Mann……..Tolonglah Man..”  Manakala kedua mertuanya tidak tahan kesakitan dek bauwan racun yang meresap keotak mereka berdua tiada terkata dan terkelu untuk bibir mereka berkata kata hanya  mendiamkan makanan masakan terbaik soup ikan kraci

Terbengkalai begitu saja.

 

 

Budiman merasa malu tidak dapat berbuat apa apa. Budiman tidak melawan kerana Dia datang dan menjelma dengan begitu mengejut tanpa persediaan yang ada. Menentang pun tidak mengalah pun tidak. Dia berkata “ Haahh.... memang padan dengan muka kau Man. Sekarang aku malukan kau depan muka isteri kau dan mertua kau. Terperangjatkan. Mana kau punya ilmu yang engkau belajar. Buktikanlaa…….ahahhahahahhhhahhh..?


 

 

Sekali lagi Budiman tertewas. Kali ini lebih memalukan dia lagi. Di depan isteri dan kedua mertuanya, didepan rezki yang halal, Dia sanggup menjelma tanpa Budiman sedari. Alangkah kejamnya Dia menjatuhkan maruah Budiman didepan ahli keluarganya.

 

 

Semenjak peristiwa itu, Budiman semakin kental dengan semangat perwibawanya sebagai pahlawan. Dia harus berhati hati dan berjaga jaga akan serangan serangan mengejut dan songsang oleh Dia terutama sekali dihadapan mertuanya yang sudah tua itu. Tak sanggup Budiman melihat penderitaan yang dialami oleh mertuanya dan tak sanggup dia menghadapi maruahnya jatuh longlai didepan ahli keluaganya sendiri. Sampailah kedua mertuanya meninggal dunia. Budiman tidak mahu pisang berbuah dua kali.

 

 

Sampai sekarang ini pun, apabila mengingat sejarah makan malam itu, Budiman mengambil tauladan dan iktibar peritiwa itu. Terngiang ngiang bunyi pedang Dia itu didalam ingatan Budiman seperti cerita atau CERPEN TERBAIK SINGAPURA sejarah tentera Jepun menakluk Singapura dan Semenanjung Malaysia dengan bedilan bedilan meriam kataknya dan juga senapang patah laras satu. Masih terbau bau asap asap bauwannya seperti bangkai tikus yang tidak menyedapkan hidung apabila menghidunya.

 

 

Budiman pernah menceritakan kedudukan perkara siapakah Dia sebenar kepada isterinya. Apabila mendengar cerita yang sebemar, isteri Budiman pula terkekeh kekeh tertawa tak henti henti sampai senak senak perutnya. Tanpa sedar isteri Budiman juga harus memerangi Dia, dan secara spontan Dia menjelma tiba tiba dari belakang isteri Budiman. Meskipun penjelmaannya tidak sehebat dulu seperti bedilan bedilan meriam katak. Namun keaksiaan dan kehebatannya kurang sedikit bagaikan katak memanggil hujan.

 

 

Semenjak hari penjelasan Budiman pada isterinya, mereka berdua harus atau boleh dikatakan wajib membenteras dan memerangi Dia hingga ke akhir hayat mereka.

 

 

Mengikut sejarah, Budiman dan isterinya bertahun tahun menjejak identiti Dia dan ingin menuntut ilmu kesaktiaannya. Akhirnya Budiman berjaya mengenali Dia lebih mendalam dan dapat menguasai segala ilmu kesaktiaan Dia serta dapat mengawal nafsu Dia dari bermaharajalela. Budiman pun puas hati dengan kehidupan yang dia harumi ini.

 

 

Kalau hendak tahu perjuangan yang Budiman memerangi selama ini ialah  DIA...DIA YANG DIMAKSUDKAN IALAH KENTOT....PUUUUTTTTT.... HARUM BAUNYA.



BEGITULAH  KESAKTIAAN DAN KEWIBAWAANNYA. YANG MEMANG SUKAR UNTUK BUDIMAN TANDINGI. BUDIMAN PASRAH.    SEKIAN SAHAJA.

 

 


Posted at 12:16 am by repen
Comments (4)  




Monday, March 21, 2005
CERPEN PILIHAN SINGAPURA: GERAM BERCAMPOR BENGANG



Ini adalah sebuah kisah tentang 3 orang profesional, peserta sebuah seminar yang menginap di sebuah hotel Hilton Singapura yang berbintang lima. Mereka bertiga menghadiri seminar Hari Aids Sedunia yang dianjurkan oleh Persatuan Aids Sedunia buat julung julung kalinya.

 

Mereka bertiga ialah Harris, Jamal dan Karim yang mewakili negeri masing masing.  Mereka bertiga menetap  di kamar Suite yang mewah di tingkat 21, di mana Hotel Hilton itu sendiri mempunyai 25 tingkat sehingga mencakar langit.

Setelah mengikuti seminar yang melelahkan sampai larut malam, mereka pulang kembali ke hotel mereka. Ternyata nasib mereka sungguh
malang.

 

Semua lift di hotel itu mengalami kerosakan teknikal. Ia memerlukan sekurang kurangnya 1 jam untuk diperbaiki.

 

“Dik..? Kenapa dengan lift ni..? tanya Harris pada budak bellboy itu.

“Entahlah bang. Saya pun tak tahu. Tadi lift tu ok aje. Dengan tiba tiba saja dia rosak”dengan selambanya budak bellboy itu menjawab pertanyaan mereka bertiga seolah olah tidak kuasa nak melayan mereka.

 

Jam sudah menunjukkan pukul 11.45 malam. Mereka sudah cukup lelah untuk menunggu lagi. Esok, mereka harus bangun pagi pagi untuk jamuan sarapan bersama deligasi deligasi seminar itu.  Jamal, sambil melihat jam tangan Titusnya hasil pemberian isterinya Milah itu bertambah resah gelisah.

 

“Eh!!..Ris? Takkan kita nak tunggu tercegat  disini? Aku penat lah…” Jamal merungut  kepada Harris dengan reaksi gelisah bercampur kepenatan.

 

“Betul cakap Jamal tu. Kan besok kita kena bangun pagi. Nanti kalau terlambat apa pulak dia orang cakap.? Aaahhh!!….aku ada satu cadangan. Apa kata kalau kita naik tangga. Alang alang penat, kita penat sekali. Lepas tu boleh gedebaaaappp..tidur.”sampuk siKarim bersahaja.

 

Harris dan Jamal berfikir sebentar. Karim terus mendonggak keatas, menikmati ukiran ukiran hiasan dinding hotel itu sementara menunggu jawapan rakan rakannya itu.  Lalu mereka bertiga sepakat untuk menggunakan tangga darurat untuk menuju ke bilik mereka.

 

Sambil berjalan menuju pintu tangga darurat, Karim mempunyai cadangan yang baik untuk Harris dan Jamal. Supaya mereka tidak bosan dan lelah nanti naik tangga yang sebegitu banyak sampai tingkat 21.

 

Karim sarankan “Ris? Apa kata kalau mulai tingkat 1 sampai 8…., kau nyanyiikan sebuah lagu dan sampai tingkat 8 hingga 16, Jamal pulak berpuisi!!..dan seterusnya sampai ke tingkat 16, Aku pulak bercerita.kisah yang lucu lucu atau cerita sedih. Kau orang setuju tak..?? tanya Karim sambil tersengeh melihat rakan rakannya yang sudah mula bosan memandang tangga tangga hotel lima bintang itu.

 

Harris dan Jamal memandang  kearah Karim. Ada ada saja idea dan cadangan siKarim ini. Munasabah pulak cadangannya itu. Memandangkan mereka tidak mahu rasakan menderita kepenatan, secara sebulat suara mereka berdua bersetuju akan saranan siKarim itu.

 

”OK-lah daripada nanti kita bosan! Lebih baik kita nyanyi,puisi dan cerita cerita.” Mengeluh Harris dengan fikiran yang buntu. Dengan berat hati mereka bertiga mula menaiki tangga hotel itu. Tibalah giliran Harris untuk menyanyikan sebuah lagu. Harris pun mula menyanyi....liriknya..

 

Beginilah nasib diriku

yang malang Oh Tuhan,

Tak boleh bersenang lenang.

Berkerja sekejap,

Dirundunglah malang,

Ditimpa kesusahan,

Naik tangga, Naik tangga…Naik tangga…

 

“Ehhh..Ris apa punya lagulah kau nanyi ni? Orang tengah penat penat ni nyanyi lagu sedih pulak. Lepas tu liriknya kau tukar. Pandai pandai aje kau ni ye....? tanya Jamal. Sambil berkata kata dalam hatinya “Sedap pula siHarris ini bernyanyi. Ada suara pula. Seakan akan suara penyanyi P. Ramle. Lepas tu liriknya diubah kena pada masa keadaan dan tempatnya. Ada bakat.” Terlayang sedikit fikiran Jamal seketika.

 

“Aaahhh....sekarang kau punya giliran pula. Jangan nak kata orang aje..” sergah Karim pada Jamal yang tengah melayang itu. Tersentak dibuatnya. Mereka dah tiba ditingkat 8.

 

Sekarang tibalah pula giliran Jamal untuk berpuisi. Harris dan Karim ingin mendengar puisi Jamal sebab mereka kenal akan rakannya itu yang berjiwa romantis. Jamal tanpa berlengah lagi pun berpuisi..

 

Merentasi malam gelap gelita

Sunyi dan sepi bermahajarela

Aku berjalan bersama kawanku

Muram dan suram menrentangi jalananku

 

Detik detik yang ku lalui

Mengenang esok harus dijelajari

Esok kembali, kembalilah malam

Usah kau lenyap dalam kelam

 

“Wahh...clap..clap..clap(Harris dan Karim bertepuk tangan sambil ketawa gembira) bravo..bravo.. puisi sastera baik siiiiiiiih, macam A.Samad Said. Dari mana kau dapat puisi ni Mal..? Karim bertanya  dengan begitu ghairah sekali.

 

“Emm.. aku baru dapat idealah! Malam gelap macam ni, naik tangga pulak tu. Dapat idealah.” Jawab Jamal sambil berseloroh kepada rakan rakannya itu.

 

Tanpa disedari,mereka bertiga sudah pun sampai ke tingkat 16. Segala perasan penat dan lelah Harris, Jamal dan Karim sudah tiada lagi dek dilambung suasana nyanyian dan puisi yang mereka kecapi sehingga tanpa disedari yang mereka sudah hampir ke penghujung perjalanan arah ke kamar mereka.

 

Tidak sia sia Harris dan Jamal secara sebulat suara menerima cadangan siKarim itu. Harris dan Jamal amatlah berterimakasih kepada Karim dalam saat saat kebuntuan fikiran mereka, tiba tiba  saja Karim dapat membuahkan idea idea yang baik dan bernas.

 

Akhirnya tibalah giliran Karim untuk mulai ceritanya. Sambil tangan kanannya menyelok kocek seluarnya, tangan kirinya mengaru garu kepalanya.

 

“Errr.... aku tak pasti cerita ini cerita sedih ke atau cerita lucu. Kau orang fikirlah yee? Karim mula merasa takut dan gementar  manalah tahu kalau rakan rakannya marah padanya. Melihat reaksi Karim itu, Harris dan Jamal merasa ada sesuatu yang tak kena pada Karim.

 

“Ceritanya begini. Ris..Mal... Aku terlupa nak bawa kunci bilik kita yang tertinggal di kereta tu Ris, Mal….Jangan marah yee? ”Karim pun lari lintang pukang meluru naik tangga takut dimarahi rakan rakannya.

 

Harris dan Jamal geram bercampur bengang. Mereka kejar siKarim itu dan memekik

“Oiii.....Karim nanti..nanti...jaga kau..!!!”

 

 

 

 

 




Posted at 12:14 am by repen
Comments (14)  




Monday, March 14, 2005
CERPEN SITUA SINGAPURA


Image Hosted by ImageShack.us
Mak Jah duduk dikerusi roda merenung panjang dijendela. Menitis airmatanya berlinangan dipipinya mengenangkan nasibnya itu. Tidak sangka nasibnya akan jadi sebegitu rupa seperti orang orang tua yang lain di Singapura. Dia berkata pada dirinya "Kenapa...kenapa aku jadi begini?" sambil tangan kanannya mengosok gosok airmata yang mencurah tidak henti henti.

"Sampai bila ? Sudah lama aku tunggu. Dia orang kata sekejap aja. Tapi sudah tiga tahun ni." Mak Jah mengadu. Benar benar lelah dan penat Mak Jah menuggu kedatangan anak anaknya membawa dia pulang ke rumah.

Sudah hampir tiga tahun, Mak Jah menetap dirumah orang orang tua Muhammadiyah Singapura. Tiada satu pun anak anaknya yang sanggup menjaga Mak Jah yang lumpuh separuh badannya. Sudah sekian lamanya jasadnya disitu. Dihumbankan tanpa belas kasihan oleh anak anaknya walaupun dia merayu.

"Man, janganlah kau hantar Mak disini Man. Mak nanti kesunyian. Tolonglah Mak....Tolonglah Mak.....Mannnnn!! kedengaran suara Mak Jah merayu dan memohon pada anak sulongnya supaya jangan menghantarnya kerumah orang tua tua. Anak anak serta menanatu dia yang lain hanya tercegat saja mendiamkan diri masing masing.
 
Semenjak peristiwa itu, anak anak Mak Jah tidak pernah menjejakkan kaki dan tubuh badan mereka untuk menjenguk Mak Jah bahkan untuk menjemputnya jauh sekali. Betapa mungkarnya anak anaknya itu. Membohongi ibu yang malang itu .

"Tergamak mereka melakukan begini kepada aku. Sampai hati mereka biarkan ibunya yang dulu tidak pernah mengabaikan nasib mereka. Bagai minyak yang penuh aku menatang mereka. Kasih sayang dan tanggungjawabku yang aku jalankan tidak pernah aku abaikan. Aku telah mengabdikan diriku ini untuk kebahagiaan mereka. Aku ronyokkan kepentingan diriku semata mata untuk memberi jaminan bahwa nasib mereka akan terbela. Inikah balasan mereka pada ibunya?"merintih dan merobek luahan hati Mak Jah huraikan satu persatu pada teman sepenghuninya itu, Mak Mah. Mak Jah rasa masih sukar untuk dirinya menerima kenyataan itu. Dia rasakan dunia benar benar tidak adil. Madu dibalas tuba pula diberi. Mak Jah menangis lagi.

"Sudahlah Jah......sudahlah, kau kan ada aku. Kita sudah senasib. Kan baik kita ingat Allah banyak banyak Jah. Allah lagi menyayangi kita Jah. Lagipun kita dah tua, tak ada apa apa yang tinggal. Yang kita ada hanya Allah saja. Entah bila Jah......? Hari ini ke...besok ke....atau lusa...kita mati. Tak ada sesiapa boleh tolong kita Jah....selain Allah. Dah tiba masanya kita kisahkan Allah. Ahhh...biarkanlah budak budak tu." kedengaran suara Mak Mah yang lebih jauh tua dari Mak Jah mengingatkan Mak Jah. Sejuk sikit hati Mak Jah seketika dengan kata kata Mak Mah itu.

Mak Jah memeluk Mak Mah. Wanita yang hampir putih keseluruhan rambutnya membasah kesedihan di pundak Mak Mah.

"Kalau aku tahu mereka semua akan tinggalkan aku dirumah orang tua, aku tak payah kasi mereka pelajaran tinggi tinggi. Tapi..mereka sudah kaya. Sudah dapat isteri cantik, mereka tidak perlu emak lagi. Aku bukan apa Mah, aku rindu pada cucuku. Aku mahu peluk mereka, mahu cium, mahu sayang, mahu cerita sama cucu cicit aku. Apa salah ke? Tapi...mereka beri aku apa Mah? Beri aku sedih!!! Mereka tidak sayang pada aku. Mereka tidak perlu pada orang tua seperti kita Mah!!!" kali ini benar benar Mak Jah meraung sekuat kuat hatinya. Gema raungannya bergemuruh menyentak hati warga disekelilingnya.

Mak Mah cuba tenangkan fikiran dan hati Mak Jah. Dia sudah tidak dapat mengawal perasaannya sendiri. Sebelum ini Mak Jah tidaklah berkelakuan seperti begini. Mak Mah pun hairan dengan tingkah laku Mak Jah seolah olah seruan ajal memanggilnya. Barangkali dia ingin menatap wajah anak anaknya buat kali terakhir.

"Kalau aku tahu Mah, dari kecil kecil lagi aku bunuh mereka Mah. Anak derhaka, anak sial, anak Tangganggggg.....!!!" jeritan Mah Jah semakin kuat sekali. Ibu mana yang tak sedih didera oleh anak sendiri meringkuk dirumah orang tua? Talian mana yang harus dihubungi? Sejak zaman Si Tanggang penderharka dan Malim Demam, telah dikisahkan kes kejadian anak mendera ibu. Anak yang  tidak mengaku ibunya sendiri. Yang menghakimi mereka ialah Tuhan. Kepada siapa ibu ibu ini harus mengadu? Bukankah hanya Tuhan saja yang akan membalas mereka sampai mereka disumpah menjadi batu.

"Mah, aku cuma mahu kasih sayang mereka aje. Aku rindu pada anak anak ku Mah. Tak ke mereka rindu pada ku?" Mak Jah berbisik pada Mak Mah seperti debur ombak yang benar benar rindukan belaian pantai.

Hari semakin malam. Mak Mah menemani Mak Jah dikatilnya hingga terlelap orang tua itu. Bekas linangan airmatanya masih kelihatan disekitaran matanya. Petang tadi dia menyumpah seranah anak anaknya. Mulutnya menyeranah, hatinya merintih. Menyumpahnya kerana rindu. Bukan kerana benci. Ibu mana yang tak sayang anak. Sedangkan harimau yang garang itu tidak makan anaknya, inikan lagi kita manusia yang mempunyai sifat sayang menyayangi.

Mak Mah pun pergi ke birai katilnya merebah badannya keatas tilam busuk itu. Matanya terkebil kebil memikirkan keadaan Mak Jah petang tadi. Kerinduan seorang ibu terhadap anak anaknya begitu kuat sekali. Fikiran Mak Mah terlayang pada anak anaknya juga. Tapi, dia sudah tidak kisah pada anak anaknya. Mak Mah terus terlena tidur oleh buaian malam yang dingin itu.

Keesokan hari, Mak Mah dikejutkan oleh bunyi riuh rendah orang berbual disudut sana. Alangkah terperanjatnya Mak Mah melihat yang Mak Jah sudah tiada lagi dalam didunia ini. Dia terlebih dulu meninggalkan Mak Mah yang lebih jauh tua itu. Yang lebih menyedihkan lagi, kelihatan anak anak serta menantu Mak Jah menangis menatap jasad yang kaku itu.

"Innalillahiwaainnaahirajiuun" sambut Mak Mah dengan kecewa. Rupa rupanya Mak Mah buang tabiat malam
semalam kerana seolah olah dia tahu yang umurnya tidak panjang. Mak Mah hanya menatap wajah rakan sepenghuni rumah orang tua dengan penuh sedih dan pilu.





Posted at 03:04 pm by repen
Comments (10)  




Next Page

Image Hosted by ImageShack.us

NAMAKU REPEN.

AKU AKAN MENULIS CERPEN CERPEN TERBAIK DARI HASIL KARYAKU SENDIRI.

AKU TELAH BACA BANYAK CERPEN CERPEN TERBAIK DARI KARYA PENULIS TERKENAL.

AKU ADALAH PENULIS CERPEN BARU DALAM DUNIA PENULISAN.

AKU PENULIS CERPEN SINGAPURA.

AKU PENULIS BEBAS.

AKU INGIN BERKAWAN DENGAN PENULIS TERBAIK DARI MALAYSIA, INDONESIA, SINGAPURA DAN SELURUH DUNIA.

KEPADA PENULIS PENULIS CERPEN TERBAIK YANG TELAH MEMBACA KARANGANKU, SUDILAH KIRANYA BERKAWAN DENGANKU. KAJILAH CERPEN CERPEN PILIHANKU, CERPEN CERPEN TERBAIK DAN CERPEN PILIHAN ADALAH YG TERBAIK DI SINGAPURA. CERPEN CERPEN PILIHAN KU ADA YANG BENAR DAN ADA YANG IMAGINASI. TAPI KEBANYAKANNYA ADALAH CERPEN CERPEN BENAR, TERBAIK DAN PILIHAN DARI PENGALAMAN.



Image Hosted by ImageShack.us

Kiblatku RumahAllah Kaabah

Kiblatku.....RumahAllah...

Tempat melabuhkan hatiku

Tempat menengadahkan tanganku

Tempat menyungkurkan dahiku

Tempat merendahkan diriku di hadapan-Mu

Kiblatku ... jadikanlah aku sahabatmu,

yang suka memakmurkanmu

Agar Allah membuatkan rumah di surga untukku .



Image Hosted by ImageShack.us QARI MESIR TERKENAL SHEIKH SHAABAN EL SAAYAD


QARI QARI MESIR INSPIRASIKU. AKU TARANUM AL QURAN MEMOHON PADA ALLAH. AKU MEMBACA AL QURAN KEREANA ALLAH. QARI QARI ARAB DAN TIMUR TENGAH KAWAN KAWANKU. TILAWAH AL QURAN TONTONANKU. FIRMAN DAN HADITH KEPALAKU. SUJUD DAN RUKUK MENANGIS KEPADA ALLAH ADALAH HATIKU. PENA DAN KATA KATA ADALAH PERJUANGANKU. SIAPAKAH YANG INGIN BERKAWAN DENGANKU. SUDIDAN SILAKANLAH!!!



CERPEN ABADI SINGAPURA,CERPEN KREATIF SINGAPURA, CERPEN REALITY SINGAPURA, CERPEN FANTASI SINGAPURA, CERPEN IMAJINASI SINGAPURA, CERPEN KOLEKSI SINGAPURA, CERPEN CINTA SUCI SINGAPURA, PUISI CINTA SINGAPURA, PUISI ISLAM SINGAPURA DAN SAJAK SINGAPURA.

Image Hosted by ImageShack.us



CERITA CERPEN MASAKAN TERBAIK JUGA AKAN AKU SELITKAN DALAM KARANGANKU DAN JUGA CERITA CERPEN MASAKAN TERKINI YANG POPULAR, CERITA CERPEN MASAKAN TRADISIONAL MELAYU SINGAPURA, MASAKAN KUIH MUIH TRADISIONAL MELAYU, MASAKAN TERBARU, MASAKAN ASLI SINGAPURA, MALAYSIA, INDONESIA DAN JUGA AKAN REPEN SELITKAN UNTUK PARA PARA PEMINAT CERITA CERITA CERPEN MASAKAN MASAKAN YANG TERKENAL DAN MASHYUR.





   









Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed